Home > Uncategorized > Debbie Goh Duta Projek Bulgari and Save The Children
Debbie Goh Duta Projek Bulgari and Save The Children
Pada 2009, Bulgari telah memutuskan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Ini telah menjadi satu komitmen berterusan untuk jenama mewah itu.
Baru-baru ini, Bulgari telah melawat kanak-kanak etnik minoriti di daerah Dien Bien Dong, barat laut Vietnam bersama-sama dengan empat lagi duta selebriti Asia Tenggara.
Pelakon dan penerbit dari Malaysia, Debbie Goh adalah antara salah satu duta yang turut sama membantu dalam projek ini. Dia telah menghabiskan masa sehari belajar dengan beberapa kanak-kanak di Dien Bien Dong. Dien Bien Dong merupakan salah satu daerah termiskin Vietnam. Kanak-kanak etnik minority di sana menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan kerana semua bahan-bahan pembelajaran di sekolah adalah di dalam bahasa Vietnam.
Antara tempat-tempat yang dikunjungi ialah sekolah rendah Chua Ta. Debbie turut mengajar pelajar dari gred dua bagaimana untuk menghasilkan skipping rope sendiri dengan menggunakan getah dan juga berinteraksi dengan anak-anak dalam tarian buluh tradisional. Kebanyakkan kanak-kanak di sekolah itu berjalan kaki sehingga 15km setiap perjalanan ke/ dari sekolah setiap hari. Debbie juga turut membantu guru-guru di sekolah itu membuat kek pulut tradisional untuk makan tengah hari.
Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke rumah komuniti Phi Nhu. Debbie melawat rumah tempatan untuk memahami cara hidup penduduk di situ dan taraf hidup mereka. Kebanyakkan penduduk tempatan merupakan petani yang menanam jagung untuk dijual dan juga untuk kegunaan sendiri. Kebanyakkan penduduk di situ hanya mendapat purata USD$4 dolar sebulan, jauh di bawah garis kemiskinan.
Setelah itu, mereka meneruskan lawatan ke tadika Phi Nhu. Tadika tersebut terletak di kawasan-kawasan terpencil di mana mandi boleh menjadi acara tahunan bagi penduduk tempatan di situ. Menjaga kebersihan antara faktor penting yang sentiasa perlu di ambil pehatian. Debbie bersama-sama selebriti lain mengajar kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan dia juga menghabiskan masa bersama kanak-kanak tersebut dalam aktivit mewarna dan membuat lipatan kapal tebang kertas. Dia turut bermain dengan kapal terbang kertas bersama mereka kanak-kanak di perkarangan sekolah tadika tersebut.
Related Stories
12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
Model Hamil Di Atas Pentas Victoria’s Secret...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 20, 2017
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgäng...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Harg...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewe...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 01, 2017
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dun...
BY Ai Nazmi Norzaid
Nov 23, 2017
Your Next Read
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
BY Nadia Zolkifli
Jan 31, 2018
GLAM Next Face 2018 – Voting!
BY Maria Hanim
Jan 30, 2018
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan S...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 30, 2018
Kediaman – Simfoni Dekorasi
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Trend – Simbolisme Kesejahteraan & Keme...
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara
BY Marini MZ
Jan 30, 2018
GLAM Beauty Awards 2018
BY Harissa Qistina
Jan 29, 2018
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Gr...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Kediaman – Antik Metropolitan
BY Nadia Zolkifli
Jan 29, 2018
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. ...
BY yong sufia
Jan 26, 2018
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status G...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busa...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris ...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 25, 2018




