fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Meghan Markle Akan Tinggal Bersama Putera Harry Di Istana Kensington
Katie Holmes Sudah Tidak Single Lagi Selepas 5 Tahun Bercerai
Kylie Jenner Memperkenalkan Anak Perempuannya Kepada Dunia
Emma Stone Pelakon Terbaik Festival Filem Venice ke-73
Sebuah Muzium Baru Di Paris Akan Didedikasikan Kepada Fesyen
Home > Uncategorized > Meghan Markle Bakal Berpindah Ke Kensington Palace Untuk Bersama Putera Harry

Meghan Markle Bakal Berpindah Ke Kensington Palace Untuk Bersama Putera Harry

Nampaknya hubungan antara pelakon Suits Meghan Markle dan Putera Harry semakin serius.

 

 

Bulan lepas Markle dilaporkan bakal meninggalkan drama bersiri Suits dan kemudiannya akan berpindah ke London untuk bersama dengan Putera Harry. Laporan baru-baru ini pula menguatkan lagi kemungkinan Markle untuk berpindah masuk ke Istana Kensington.

 

Putera Harry sekarang menetap di Nottingham Cottage dalam kawasan Istana Kensington dan beliau dikatakan sedang menyelia kerja-kerja ubahsuai sebuah apartmen dalam Istana Kensington sebagai persiapan untuk perpindahan Markle ke London.

 

Kawasan Istana Kensington
Foto: Andrew Parsons/PA Archive/PA Images

Putera itu juga didapati kerap melawat untuk mengetahui progres pengubahsuaian apartment tersebut.

 

Apartmen baru ini akan berada lebih dekat dengan bahagian besar istana tersebut yang bakal menjadi kediaman tetap Duke dan Duchess of Cambridge mulai September ini.

 

Jurucakap Istana Kensington enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai maklumat ini kerana ini merupakan “hal peribadi.”

 

We sense a big announcement in the future.