Perkahwinan Kim Kardashian dan Kanye West Goyah Sekejap

 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini Kanye West baru sahaja keluar daripada hospital minggu lepas berikutan rawatan yang harus dia terima selepas sesi meltdownnya sebelum ini.

 

Satu sumber melaporkan kepada PEOPLE bahawa, krisis kesihata Kanye telah mengakibatkan kegoyahan ke atas perkahwinannya dengan Kim memandangkan Kim sendiri masih lagi dalam proses puliah dari trauma yang dia hadapi selepas di rompak di Paris.

 

Di sebalik ketegangan ini, Kim merasa gembira yang suaminya mendapatkan bantuan yang sepatutnya untuk membantu dirinya sendiri dan keluarganya.

 

Kim masih lagi setia memberi sokongan yang tidak terbahagi untuk suaminya dan cuba untuk membantu suamnya pulih secepat mungkin. Sumber tersebut turut menambah bahawa Kim sangat fokus dalam membantu Kanye.

 

Keadaan Kanye bertambah baik dengan adanya sokongan bukan sahaja daripada isterinya yang tercinta tetapi juga dari ahli keluarga dan rakan-rakannya yang juga berada di sisinya semenjak kejadian di konsertnya.

 

Kanye juga banyak meluangkan masa bersama anak-anaknya, North dan Saint, semenjak di dimasukkan ke dalam hospital kerana anak-anaknya dan Kim adalah sumber kekuatannya untuk menjadi lebih baik dan cepat pulih.

 

Wishing Kanye all the best and a speedy recovery!

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

POST A COMMENT