fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Berita Gembira Ryan Reynolds!
Pengumuman Rasmi Puteri Mako Melepaskan Gelarannya Sebagai Seorang Puteri
Michael Fassbender dan Alicia Vikander Kini Bercinta
Bella Hadid Berang dan Kecewa Terhadap Tindakan Paparazzi
Kate Middleton Ulangi Sejarah
Home > Uncategorized > Melania Trump Dibayar Pampasan Dan Menerima Permohonan Maaf

Melania Trump Dibayar Pampasan Dan Menerima Permohonan Maaf

Selepas memfailkan saman sebanyak $150 juta terhadap Daily Mail pada Februari tahun ini, Wanita Pertama Melania Trump akhirnya dibayar pampasan dan menerima permohonan maaf daripada agensi tersebut kerana membuat tuduhan palsu terhadap kerjaya Trump sebagai seorang model.

 

Permaisuri Rania dan Melania Trump di White House.
Foto: Ron Sachs/CNP

“Pada 20 Ogos 2016, laman sesawang Mail Onlinedan akhbar Daily Mail menerbitkan sebuah rencana mengenai Melania Trump yang mempersoalkan sifat kerja beliau sebagai seorang model profesional, dan menerbitkan dakwaan yang dia memberi khidmat lebih daripada sekadar bermodel,” mula agensi tersebut dalam surat minta maaf mereka.

 

Surat itu juga menyatakan yang dakwaan mereka terhadapa Trump dan Paulo Zampolli, lelaki yang mengetuai agensi modeling tersebut, telah dinafikan dan mereka sendiri tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka

 

“Kami faham bahawa dakwaan terhadap Puan Trump ini adalah tidak benar dan kami menarik balik dakwaan kami. Kami memohon maaf kepada Puan Trump untuk segala kesusahan yang disebabkan oleh penerbitan kami. Untuk menyelesaikan dua saman Puan Trump terhadap kami, kami bersetuju untuk membayar pampasan.”

Jumlah bayaran yang diterima oleh Trump tidak didedahkan Mahkamah Tinggi London.