KLFWRTW DAY 5: Rizman Julang Piala Outstanding Designer!

Oleh: Lylatul Qadrina
 
Rizman Ruzaini
 
Finale Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2016 semalam menyaksikan Rizman Ruzaini merangkul anugerah Outstanding Designer dengan koleksi bertema patriotik dan militari yang anggun dan classy. My Apparel Zoo pula menerima anugerah “Outstanding Brand” sementara Tinie dinobatkan sebagai “Outstanding Model”.
 
Seramai 18 orang pereka fesyen memperagakan koleksi mereka pada hari ini. Antara pereka yang menyerlah adalah T.Syahmi, Ezzati Amira, Syomirizwa Gupta, Emelda Rose dan Atelier Fitton.
 
Namun begitu, standard fashion week kali ini dilonjakkan satu tahap lebih tinggi apabila Fizi Woo memperagakan lebih 50 rekaan daripada 3 koleksi yang berbeza. Buat pertama kalinya Woo Brothers dan Woo/Fizi Woo diperkenalkan.
 
EH! x FASHIONVALET
 
Kolaborasi julung kali ini menampilkan Lisa Surihani, Nabila Huda dan Scha Al-Yahya sebagai pereka fesyen koleksi Ready To Wear masing-masing. Setiap personaliti ini memaparkan koleksi yang mencerminkan stail peribadi mereka iaitu feminin dari Lisa, wanita cool dari Nabila Huda serta yang bersifat trend semasa dari Scha. Koleksi dari ketiga-tiga personaliti ini boleh didapati di Fashionvalet tidak lama lagi.
 
Ternyata, KLFWRTW 2016 menerima sambutan yang lebih hangat dari tahun sebelumnya. Pengasas KLFW, Andrew Tan amat berpuas hati dengan hasil keseluruhan tahun ini.
 

POST A COMMENT