fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Couturier Terkenal Azzedine Alaïa Meninggal Dunia Di Paris
Ucapan Meryl Streep Yang Menyentuh Perasaan di Golden Globes
Kad Perkahwinan Meghan Markle dan Putera Harry Dihantar Kepada 600 Orang Bertuah
Magis Chanel No. 5
Senarai Penuh Pemenang GQ Men of The Year 2016
Home > Uncategorized > Hasil Kemeja “We Should All Be Feminists” Akan Didermakan Kepada Yayasan Rihanna

Hasil Kemeja “We Should All Be Feminists” Akan Didermakan Kepada Yayasan Rihanna

September yang lalu, pengarah kreatif wanita pertama Dior  Maria Grazia Chiuri mempersembahkan koleksi debutnya untuk Dior yang mendapat perhatian dan juga pujian ramai daripada industri fesyen.

 

Chiuri juga memberikan impak yang besar melalui koleksi tersebut apabila salah seorang model yang tampil di atas pentas peragaan menggayakan kemeja-t dengan frasa “We Should All Be Feminists”.

 

Kemeja-t tersebut telah pun dipakai oleh beberapa orang selebriti seperti Rihanna dan Natalie Portman dan juga dilihat menjadi item asas untuk gaya fesyen jalanan.

 
[envira-gallery id=”62792″]

Dior baru-baru ini telah mengumumkan yang sebahagian daripada hasil jualan kemeja tersebut akan didermakan kepada yayasan yang ditubuhkan oleh Rihanna, Clara Lionel Foundation.

 

“Melihat artis seperti Rihanna memakai kemeja-T ‘We Should All Be Feminists’ menunjukkan kepada saya bahawa pentingnya untuk wanita berjuang. Kedudukan saya dalam rumah yang mempunyai pengaruh seperti Dior, dan peranan saya sebagai seorang ibu, mengingatkan saya kepada tanggungjawab dan kepetingan tingkah-laku saya setiap hari,” terang Chiuri dalam satu kenyataan.

 

Kemeja-T yang berharga $710 itu boleh didapatkan di setiap butik Dior dan atas talian sehingga 15 Mei ini. Kemeja-T berona hitam edisi terhad pula akan dijual di saks.com pada 14 Mac ini hingga 28 Mac.