Kim Kardashian dan Bayi Ketiga
Selepas melahirkan zuriat kedua bersama suami, penyanyi Kanye West akhir tahun lepas, Kim Kardashian kini sudah bersedia untuk seorang lagi Mini Kardashian-West.
Dalam satu klip sneak peek bagi episod minggu “Keeping Up with the Kardashians” hadapan, Kim beritahu ibunya, Kris akan keinginan untuk bayi ketiga.
Kim juga mengenengahkan ideabeliau untuk meneroka dunia ibu tumpangan. Hal itu membuat Kris begitu terkejut.
Bintang realiti itu pernah berkata tentang kebencian beliau akan kehamilan. Mengkit beliau, “mengandung merupakan pengalaman paling teruk dalam hidup saya”. Ibu kepada North dan Saint West itu juga tidak menyembunyikan hakikat beliau yang sering mengalami isu kesuburan kronik sepanjang hamil dengan kedua-dua anaknya.
Jika sebelum ini Kim selalu menjadi tumpuan kontroversi dan lensa paparazzi, belaia kini berdiam diri selepas kejadian rompakkan ngeri yang berlaku ke atasnya semasa Minggu Fesyen Paris bulan lepas.
*nota: Klip episod Keeping Up with the Kardashians yang dikatakan dirakam sebelum rompakkan tersebut.
Oleh: Aizat Azman Shah