Album 4:44 Oleh Jay-Z Menceritakan Kisah Curangnya Terhadap Beyoncé
Tahun lepas dunia digegarkan dengan album Lemonade oleh Beyoncé yang dikeluarkan tanpa sebarang promosi mahupun pengumuman. Lemonade menceritakan keperitan yang dilalui oleh Queen Bey apabila mendapat tahu suaminya sendiri, Jay-Z, menduakan dia bersama seorang wanita lain (Ingat lagi video klip Solange dan Jay-Z dalam lift pada tahun 2014?).

Foto: Kevin Mazur/WireImage
Album Lemonade disimpulkan dengan impresi bahawa Beyoncé telah pun memaafkan suaminya itu walaupun beberapa lagu dalam album tersebut jelas bahawa dia kecewa dan marah terhadap Jay-Z.
Jay-Z juga nampaknya sudah bersedia untuk menceritakan kisah yang masih lagi menjadi pertanyaan buat peminat Beyoncé dengan album terbarunya 4:44 yang dikeluarkan secara ekslusif pada laman streamingnya Tidal.

Foto: Christopher Polk/Getty Images for NARAS
Untuk lagu 4:44 terdapat bait-bait lirik seperti:
I apologize, our love was one for the ages and I contained us / And if my children knew, I don’t even know what I would do / If they ain’t look at me the same, I would prolly die with all the shame / You did what with who? What good is a ménage à trois when you have a soulmate, you risked that for Blue?
Jay-Z juga menyebut nama Becky yang pernah digunakan oleh Beyoncé untuk wanita yang dikatakan bersama suaminya itu melalui bait lirik “Becky with the good hair” dengan “I’ll f— up a good thing if you let me / Let me alone, Becky!” dalam lagu “Family Feud”.
Dia juga akhirnya membuka cerita buat pertama kali selepas Solange dilihat menyerang Jay-Z dalam sebuah lif bersama Beyoncé pada waktu itu dalam lagu “Kill Jay-Z”:
You egged Solange on, knowin’ all along all you had to say you was wrong / You almost went Eric Benét, let the baddest girl in the world get away / I didn’t even know what else to say.
Album ini menyebabkan Beyhive merasa marah semula terhadap Jay-Z namun ada juga yang mengagumi keberanian Jay-Z untuk tampil ke khalayak umum dan mengaku kesalahannya terhadap Beyoncé .
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, P...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benark...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Poli...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bin...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Sai...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
