fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Video Taylor Swift Dinanti-nanti Ramai Akhirnya Dilancarkan di VMAs!
Irina Shayk Berjalan Di Runway Dengan Kandungannya
Kendall Jenner Belajar Menembak Untuk Melindungi Diri Dari Stalkers?
Elak Kuman Pada Alat Solek
Sebuah Meme Di Twitter Antara Rihanna dan Lupita Nyong’o Bakal Menjadi Kenyataan
Home > Uncategorized > Portret Rasmi Pertama Putera Louis Menarik Perhatian Ramai

Portret Rasmi Pertama Putera Louis Menarik Perhatian Ramai

Gambar David Sims/WENN.com

Sepertimana portret Putera George dan Puteri Charlotte dikongsikan lebih kurang seminggu selepas kelahiran mereka, tradisi ini ditujukan pula kepada adinda mereka, Putera Louis.

 

Dalam satu gambar yang diambil oleh ‘jurufoto rasmi’ kerabat diraja, Duchess of Cambridge Kate Middleton sendiri menampilkan foto Puteri Charlotte bersama Putera Louis pada hari ulangtahun kelahiran ketiganya dan foto tersebut menjadi perbualan ramai, A) Kerana kasih sayang yang ditampilkan oleh Puteri Charlotte menyentuh hati orang ramai dan B) Putera Louis mencuri perhatian ramai dengan ketenangannya dalam pangkuan kekandanya.

 

Gambar David Sims/WENN.com

Gambar kedua dikongsikan menampilakn Putera Louis seorang diri dengan matanya yang terbuka memandang ke arah luar mengenakan baju panas putih yang pernah dikenakan oleh Puteri Charlotte sendiri.

 

Ini merupakan portret rasmi pertama buat Putera Louis dan juga kemunculan pertamanya bersama keluarganya. Pihak Istana Kensington juga mengumumkan Putera Louis tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bapa saudaranya, Putera Harry, dan juga Meghan Markle.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse