Portret Rasmi Pertama Putera Louis Menarik Perhatian Ramai

Gambar David Sims/WENN.com
Sepertimana portret Putera George dan Puteri Charlotte dikongsikan lebih kurang seminggu selepas kelahiran mereka, tradisi ini ditujukan pula kepada adinda mereka, Putera Louis.
Dalam satu gambar yang diambil oleh 'jurufoto rasmi' kerabat diraja, Duchess of Cambridge Kate Middleton sendiri menampilkan foto Puteri Charlotte bersama Putera Louis pada hari ulangtahun kelahiran ketiganya dan foto tersebut menjadi perbualan ramai, A) Kerana kasih sayang yang ditampilkan oleh Puteri Charlotte menyentuh hati orang ramai dan B) Putera Louis mencuri perhatian ramai dengan ketenangannya dalam pangkuan kekandanya.

Gambar David Sims/WENN.com
Gambar kedua dikongsikan menampilakn Putera Louis seorang diri dengan matanya yang terbuka memandang ke arah luar mengenakan baju panas putih yang pernah dikenakan oleh Puteri Charlotte sendiri.
Ini merupakan portret rasmi pertama buat Putera Louis dan juga kemunculan pertamanya bersama keluarganya. Pihak Istana Kensington juga mengumumkan Putera Louis tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bapa saudaranya, Putera Harry, dan juga Meghan Markle.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
May 28, 2026
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
May 28, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
May 26, 2026
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
May 26, 2026
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
May 25, 2026
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
May 25, 2026
