fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan
North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga
Carolina Herrera Bersuara: Fesyen Orang New York Buruk!
‘Obra en Proceso’ (Work In Progress) Pamer Minat Pereka Terkemuka Karl Lagerfeld
Gigi Hadid Hamil, Apa Kata Ibunya?
Home > Uncategorized > Koleksi Cruise 2017 Gucci Bakal Dibukukan

Koleksi Cruise 2017 Gucci Bakal Dibukukan

Sumber: Nick Waplington & Telegraph.

Sumber: Nick Waplington & Telegraph.


 

Semenjak koleksi cruise oleh Gucci di Westminster Abbey mendapat kepujian yang tiada henti, Gucci bakal melancarkan buku edisi terhad bertajuk ‘Blind for Love’.

 

Blind for Love’ akan menampilkan koleksi gambar-gambar kandid oleh jurugambar dan artis Nick Waplington dan juga gambar-gambar di sebalik tabir oleh Alessandro Michelle semasa persembahan di Westminster Abbey itu akan ditampilkan sekali bersama lirik-lirik lagu daripada lagu lama Inggeris ‘Scarborough Fair’. Lagu balad ini juga merupakan lagu yang dimainkan semasa pertunjukan koleksi cruise tersebut.

 

Buku edisi terhad ini akan dilancarkan oleh penerbit Assouline pada 1 Disember ini dan akan dijual di kedai-kedai dan juga online. Peringatan juga bahawa hanya 1000 naskhah sahaja yang dihasilkan untuk seluruh dunia.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid