fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Nama Emma Stone Bukan Nama Sebenar Pelakon Tersebut
Bella Hadid Duta Terbaru Jenama Jam Tangan Mewah Tag Heuer
Surat Terbuka Amber Heard Menyentuh Perasaan
Selena Gomez Sering Dibuli Sewaktu Bersama Disney Channel
Michael Fassbender dan Alicia Vikander Kini Bercinta
Home > Uncategorized > #WomensMarch Memenuhi Jalan-jalan Di Setiap Benua

#WomensMarch Memenuhi Jalan-jalan Di Setiap Benua

Tidak sampai 48 jam selepas Presiden Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat, pada 22 Januari 2017 beratus ribu wanita (dan juga lelaki) membawa diri mereka ke jalan-jalan utama untuk menyertai perarakan #WomensMarch di seluruh dunia.

 

 

Berpusat di Washington, DC, wanita-wanita di setiap pelusuk dunia, yang terdiri daripada 673 perarakan, juga mengambil peluang ini untuk membantu dan menyuarakan pendapat mereka mengenai kesamarataan jantina yang nampaknya satu prinsip yang tidak dipegang oleh Presiden Amerika Syarikat yang terbaru ini dengan kenyatan-kenyataan yang pernah beliau keluarkan sepanjang kempen pilihan raya beliau dengan rakaman-rakaman beliau mengeluarkan kata-kata yang menghina golongan wanita.

 

Perlu diingati bahawa perarakan ini bukanlah dengan tujuan untuk menyampaikan mesej bahawa mereka ini anti-Trump tetapi untuk mempertahankan hak-hak individu yang mungkin terancam kerana kepercayaan Trump.

 

Selebriti-selebriti juga turut menunjukkan sokongan mereka sama ada bersama-sama dengan mereka yang berarak mahupun di laman media sosial mereka.

Lihat imej-imej yang diambil semasa perarakan #WomensMarch di seluruh dunia.

 

[envira-gallery id=”60872″]