fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Lagi, Chanel Pilih Keira Knightley Untuk Kempen Terbaru
Alexa Chung Dan Alexander Skårsgard Berpisah
Leornado DiCaprio Pulangkan Dana 1MDB
Forbes Celebrity 100 2017 Hanya Menampilkan 16 Orang Selebriti Wanita
Promosi – Menangi Percutian di Hotel Element, Kuala Lumpur
Home > Uncategorized > Lindsay Lohan Melancarkan Website Gaya Hidup Sendiri

Lindsay Lohan Melancarkan Website Gaya Hidup Sendiri

Pernah terbayangkan diri anda untuk mempunyai gaya hidup persis seorang selebriti Hollywood tatkala anda mengelamun di pejabat mahupun di rumah? Well berhenti mengelamun dan dengar cakap Lindsay Lohan.

 

Lindsay Lohan, resident bad girl gone good, kini menngumumkan pelancaran “Preemium,” sebuah laman sesawang gaya hidup yang menawarkan segalanya yang Lohan akan kongsikan untuk bayaran $2.99.

 

“Saya kini dalam tempoh pembaharuan diri dan ini juga merupakan sebab saya membuang semua pos saya di Instagram,” terang pelakong tersebut pada lama utama website tersebut.

 

Dengan $2.99, Lohan menawarkan kandungan esklusif, rahsia-rahsianya dan berita terkini sebelum diketahui oleh orang lain.

 

“Anda juga akan mendapat diari peribadi, update video, foto peribadi ekslusif, tutorial fesyen dan kecantikan, panduan membeli-belah, sebalik tabir, produk kegemaran saya, dan banyak lagi. Untuk mendapatkan pass all-access ke dalam hidup saya, Preemium adalah jawapannya buat peminat-peminat saya.”

 

Projek terbaru Lohan ini sudah pun dimulakan oleh selebriti-selebriti lain seperti Gwyneth Paltrow dengan GOOP, Jessica Alba dengan Honest Company, dan juga blog peribadi Luaren Conrad yang menjadi inspirasi buat ramai.

 

Let’s hope for the best for Lohan.