fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Naomi Campbell Menerangkan Situasi Hubungannya Dengan Rihanna
L’Oreal Paris Rai Wanita Hebat Malaysia
Meghan Markle Menjawab Soalan Mengenai Putera Harry Seperti Seorang Puteri Raja
Ariana Grande Mengkritik Taylor Swift Kerana Terus Membisu?
Pengumuman Terbesar Chrissy Teigen Dan John Legend
Home > Uncategorized > Lagu Baru Harry Styles Mengenai Taylor Swift?

Lagu Baru Harry Styles Mengenai Taylor Swift?

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa penyanyi pop yang kini diam menyepi Taylor Swift amat terkenal dengan lagu-lagunya yang diinspirasikan oleh semua  hubungannya yang, sadly, tidak menjadi.

 

Foto: RW/MediaPunch

Jadi apabila dia mula menjalinkan hubungan romantik bersama Harry Styles yang pada masa itu masih lagi bersama boyband tercinta gadis-gadis muda, orang ramai menanti-nantikan apakah kesudahan hubungan mereka berdua ini.

 

Seperti yang dijangkakan hubungan mereka tidak kekal lama dan ibarat satu tradisi untuk Swift, dia menghasilkan dua lagu yand didakwa mempunyai kaitan dengan Styles: “Out of The Woods” dan “Style.

 

Kini Styles yang telah memulakan kariernya sebagai penyanyi solo, orang ramai juga mula bertanya mengenai lagu terbarunya “Two Ghosts” jika lagu itu mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama Swift? Same lips red, same eyes blue?

 

Sewaktu menghadiri sebuah rancangan radio baru-baru ini, dan pengacara radio tersebut telah menujukan soalan tersebut kepada Styles.

 

What is “Two Ghosts” about?

 

Saksikan reaksi Styles melalui klip video di bawah: