Jessica Chastain Duta Haruman Terbaharu Ralph Lauren

Foto: Ralph Lauren
Pelakon jelita, Jessica Chastain telah dinamakan sebagai wajah baharu kepada minyak wangian eau de parfum terbaru oleh Ralph Lauren, Woman by Ralph Lauren. Jessica, yang juga dikenali sebagai dermawan pemurah dikatakan bagai jelmaan ideal bagi visi jenama tersebut akan wajah kepada haruman terbaharu mereka.
“Bagi saya, Woman menangkap intipati wanita yang moden,” kata Ralph Lauren dalam satu kenyataan melalui wakilnya. Haruman terbaharu ini menggambarkan visi Ralph akan seorang heroine dan wanita alaf ini: fearless namun tetap feminin, kuat dan ekspresif, dominan dan anggun.
Kempen Woman by Ralph Lauren diamanahkan kepada jurufoto, Steven Meisel buat versi cetak dan Philippe Le Sourd buat di televisyen. Dalam kempen tersebut, Jessica dilihat menggayakan tuxedo hitam serta busana gown yang direka khas buatnya untuk memberi gambaran kontras sifat kelembutan dan kekuatan haruman tersebut.
Woman terdiri daripada nota berkayu serta tuberose, memberi sentuhan maskulin dalam aroma lembut khas buat kaum Hawa ini. Woman by Ralph Lauren bakal dilancarkan kepada umum pada bulan Ogos ini di Macy’s dan butik Ralph Lauren pada harga $110 (RM470).
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, P...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benark...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Poli...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bin...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Sai...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
