fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selena Gomez Akhirnya Mengaku Tentang Status Hubungannya Bersama Justin Bieber
Lagi, Chanel Pilih Keira Knightley Untuk Kempen Terbaru
Beyoncé Mengumumkan Biasiswa Formation & Bakal Membeli Rumah $120 juta
Pertunjukan Pertama Co-Ed oleh Calvin Klein
Ralph Lauren Mula Diboikot Selepas Menggayakan Melania Trump
Home > Uncategorized > Kim Kardashian Menceritakan Detik Rompakan Di Paris

Kim Kardashian Menceritakan Detik Rompakan Di Paris

Oktober yang lalu, hidup Kim Kardashian dan keluarganya dikejutkan dengan kejadian rompakan yang melibatkan Kim sewaktu berada di Paris.

 

Kim yang pada ketika itu sedang sibuk menghadiri pertunjukan fesyen untuk Minggu Fesyen Paris terlibat dalam rompakan bersenjata di mana perompak tersebut mengacukan pistol ke arah Kim dan membawa lari barang kemas yang bernilai $10 juta.

 

Jurucakap Kim melaporkan bahawa bintang realiti TV tersebut walaupun tidak tercedera mengalami trauma yang teruk sehingga dia menghilangkan diri daripada dunia media sosial buat beberapa bulan sebelum kembali semula secara perlahan-lahan.

 


 

Dalam satu preview rancangan Keeping Up With The Kardashians menampilkan satu klip di mana Kim dalam keadaan penuh emosi menceritakan kembali detik-detik yang menakutkan itu.

 

“Mereka meminta wang. Saya beritahu mereka yang saya tidak punyai wang. Mereka seret saya ke luar ke kawasan tangga, Pada masa itu saya nampak pistol tersebut dengan terang. Saya perhatikan pistol itu dan lihat ke arah tangga yang menuju ke bawah,” terang Kim kepada Kourtney dan Khloé dalam preview tersebut.