Senarai Penuh Pemenang FFM28

FFM28-2016

Majlis berprestij Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung pada 3 September, semalam menyaksikan penganugerahan sebagai usaha mengiktiraf industri perfileman Malaysia.

Bertempat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre, filem Jagat berjaya merangkul pulang gelaran Filem Terbaik Malaysia ke-28. Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM28:

  1. Filem Box Office: Polis Evo, Astroshaw Sdn. Bhd.
  2. Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof – Munafik
  3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Tan Qin Lin – The Kid From the Big Apple
  4. Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim – Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit
  5. Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah – Polis Evo
  6. Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crossley – Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit
  7. Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal – Jagat
  8. Lakon Layar Terbaik: Bea Tanaka – Nota
  9. Anugerah Khas Juri: Ola Bola, Polis Evo & The Kid From The Big Apple
  10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud – Langit Cinta
  11. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Hussain – Polis Evo
  12. Filem Cereka Animasi Terbaik: Animonsta Studios Sdn Bhd – Boboiboy The Movie
  13. Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda – Munafik
  14. Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim – Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit
  15. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Tuan Haji Deddy M Borhan
  16. Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof – Munafik
  17. Filem Terbaik Malaysia FFM28: Skyzen (M) Sdn Bhd – Jagat
  18. Filem Terbaik Nasional FFM28: Skop Productions Sdn Bhd Munafik

 

Image credit: Google

POST A COMMENT