Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya!

Jennifer Lopez sememangnya bersinonim extravagant. Buat hari jadinya baru-baru ini, JLo meraikan secara besar-besaran di Miami bersama rakan dan keluarga tercinta — and her new boo, Alex Rodriguez!
Bekas pemain New York Yankees memuat naik foto dalam akaun Instagramnya semasa parti tersebut Sabtu lepas. Beliau memakai sepasang suit biru bersama “aksesori” terhangat Hollywood, pelakon Maid in Manhattan itu yang memakai gaya signatur beliau, dress jarang LBD. Alex, yang bakal menjangkau usia 42 hari Khamis ini turut mengongsi beberapa foto lain dari parti mewah mereka itu.

Dalam salah sebuah gambar, beliau dan JLo kelihatan bersama kek hari jadi enam tingkat yang dihiasi corak metalik dan kuntuman mawar putih serta nama mereka. Pasangan secocok itu juga dilihat bernyanyi bersama akan lagu “Sweet Caroline” oleh Neil Diamond dalam sebuah video.

Pasangan terbaru Hollywood ini membuat debut karpet merah bersama di MET Gala pada bulan Mei lepas. “Jika kamu mahu bersama, kamu bersama,” jelas Alex kepada Extra. “Anak-anak kami suka bersama, kami berdua asal New York, kami berdua berbangsa Latin, kami berdua dalam lingkungan empat puluhan, kami benar-benar menikmati kehidupan, tetapi dia merupakan salah satu manusia yang paling hebat dan paling bijak yang pernah saya temui. “

“Dia seorang manusia yang murah hati bersama keluarganya, bersama rakan-rakannya, bersama saya. Dia mengambil berat dan manis belaka. Dia sememangnya semua perkara indah yang saya mahukan dalam seorang lelaki. Saya berasa benar-benar bertuah sekarang, jadi saya teruja dengan kehidupan, tetapi saya lebih teruja untuk bersama orang yang tulen,” kata penyanyi Love Don’t Cost A Thing itu.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, P...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benark...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Poli...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bin...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Sai...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
