Home > Uncategorized > Laura Kim dan Fernando Gracia meneruskan legasi Oscar De La Renta
Laura Kim dan Fernando Gracia meneruskan legasi Oscar De La Renta
Oleh: Nur Sofea
Oscar de La Renta telah melantik Laura Kim dan Fernando Gracia, duo pereka fesyen di sebalik label Monse sebagai Pengarah Kreatif Bersama.
Dua pereka fesyen itu tidak asing lagi dengan label fesyen itu. Kim pernah bekerja di label itu dari tahun 2003 dan berhenti sebagai pegarah reka bentuk manakala Gracia pula menyertai jenama itu pada tahun 2009 dan berhenti sebagai pereka senior. Kedua-dua mereka meninggalkan label fesyen itu pada tahun 2015 untuk menubuhkan label fesyen mereka iaitu Monse dan memperagakan koleksi pertama mereka untuk musim bunga/panas 2016.
Menerusi satu kenyataan dari Kim dan Gracia berkata “ Kami sungguh teruja untuk kembali semula ke tempat di mana kami belajar asas-asas fesyen dari Oscar dan perniagaan fesyen dari Alex. Setelah mempelajari lebih banyak mengenai fesyen bersama Monse, kami akan menggunakan apa yang sudah kami pelajari untuk meneruskan wawasan rumah fesyen yang hebat ini.”
CEO Oscar de la Renta, Alex Bolen turut mengulas, “Untuk beberapa tahun Laura dan Fernando bekerja di sini mengetuai pasukan pereka kami, Oscar amat mengagumi bakat mereka dan karya mereka telah membawa kejayaan kepada syarikat kami. Dalam masa yang singkat, Laura dan Fernando telah berjaya menubuhkan Monse. Kami ingin membantu Monse memenuhi potensinya dengan menyediakan sistem operasi, kewangan dan logistic dari syarikat kami. Kami berharap Laura dan Fernando sekali lagi akan membawa kemahiran rekaan mereka yang luar biasa kepada Oscar de la Renta.”
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
test instagram
BY Nann
Aug 04, 2025
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
BY suhana
Sep 10, 2019
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, P...
BY Wan Firdaus
Aug 23, 2019
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benark...
BY Wan Firdaus
May 27, 2019
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Poli...
BY Wan Firdaus
May 17, 2019
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bin...
BY Wan Firdaus
May 15, 2019
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Sai...
BY Yusairi Fitri
May 13, 2019
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

