CEO Diane von Fursternberg Letak Jawatan

CEO Diane von Furstenberg Studio Paolo Riva semasa DVF Awards 2016 di UN Headquarters New York

CEO Diane von Furstenberg Studio Paolo Riva semasa DVF Awards 2016 di UN Headquarters New York

Setelah 18 bulan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama buat jenama Diane Von Fursternberg, Paolo Riva telah meletak jawatan daripada posisi itu efektik serta merta.

 

Pengasas dan Pengerusi DVF Diane sendiri mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan Paolo sepanjang mereka bekerjasama. Diane mengatakan yang strategy perniagaan dan visi Jonathan Saunder (Ketua Pegawai Kreatif DVF yang baru) untuk DVF akan kekal seperti sedia ada.

 

Paolo menyertai DVF setelah berkhidmat untuk Tory Burch sebagai naib presiden bahagian pakaian dan barangan visual. Ketika Paolo bersama Tory Burch, dilaporkan pendapatan tahunan mereka unutk 2015 mencecah $500 juta dan terus diserap untuk menyertai DVF.

 

Koleksi pertama di bawah pengawasan Paolo dipamerkan semasa New York Fahsion Week pada bulan September menerima pujian daripada editor-editor dan pembeli  menandakan permulaan baru buat rumah fesyen yang besar ini.

 

Buat masa ini Paolo tidak mengeluarkan apa-apa statement mengenai langkah yang diambil olehnya pada masa terdekat ini.

 

Oleh: Ai Norzaid

POST A COMMENT