fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Butik Chanel di KLCC Menterjemahkan Ruangan Peribadi Coco Chanel
Camila Cabello Dinobat Duta Baharu L’Oreal Paris
KLFW16: Muzik Video “Flashing Light”
Shawn Mendes Menafikan Hubungan Romantik Bersama Hailey Baldwin
VMA 2016: Rihanna Ikon Fesyen & Muzik
Home > Uncategorized > Hedi Slimane Meninggalkan Saint Laurent

Hedi Slimane Meninggalkan Saint Laurent

Oleh: Mujahid Saddam

 

T34172274_2MHedi Slimane. Gambar: TPGVIP

 

Setelah empat tahun berkhidmat di Saint Laurent, Hedi Slimane membawa haluan dari rumah fesyen itu usai tamat kontraknya pada Khamis, 31 Mac 2016.

 

Menerusi suatu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kering, François-Henri Pinault, “Tempoh empat tahun lalu merupakan pencapaian yang unik dalam sejarah Yves Saint Laurent. Saya amat berterima kasih kepada Hedi Slimane serta seluruh pasukan Yves Saint Laurent kerana telah menetapkan hala tuju penuh kejayaan yang mampu memberi longevity kepada jenama legenda ini.”

 

Slimane mementaskan koleksi terakhirnya di Minggu Fesyen Paris yang lalu. Dia adalah individu yang bertanggungjawab menyuntik elemen rock n roll pada rumah fesyen itu manakala hasil jualan turut dilaporkan meningkat sejak khidmatnya di sana.