Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Dengan Pertunjukan Fesyen Di Trevi Fountain

KL+SVF

Karl Lagerfeld and Silvia Venturini Fendi


 
Karl Lagerfeld sekali lagi membuktikan kreativitinya dengan menjayakan pertunjukkan fesyen sempena ulang tahun ke-90 FENDI. Pertunjukkan fesyen yang bertemakan ‘Legends and Fairytales’ itu diadakan di salah sebuah kolam air pancut ikonik dunia iaitu Trevi Fountain, Rom.
 
Acara bermula pada lewat petang 7 Julai dengan majlis koktel di Akademi San Luca dalam Palazzo Carpegna, tempat bersejarah Roman Palazzo yang pernah menjadi hos untuk persatuan artis yang ditubuhkan pada 1593, hanya beberapa langkah dari Trevi Fountain di mana pertunjukkan fesyen diadakan.
 
Sempena untuk ulang tahun ini, FENDI telah mempamerkan buku FENDI ROMA secara eksklusif di dalam kawasan pameran. Buku itu mencatatkan sejarah, identiti dan hubungan mendalam jenama fesyen itu dengan kota Rom.
 
Sambutan ini diteruskan dengan pertunjukkan fesyen di Trevi Fountain. Koleksi bertemakan  Legends and Fairytales Haute Fourrure yang direka oleh Karl Lagerfeld ini sekali lagi menjadi contoh kepada rekaan yang unik dan berani. Berlatarbelakangkan pancutan air dan lampu digabungkan dengan irama catwalk memberikan suasana Roman yang ikonik di Trevi Fountain ini.
 
Model top antarabangsa Kendall Jenner dan Bella Hadid berjalan di atas pentas lutsinar yang diletakkan di atas air semasa matahari terbenam menampakkan ciri-ciri seperti pari-pari terapung.
 
Pertunjukkan fesyen itu dimulai dengan model terkenal, Kendall Jenner. Koleksi kali ini kelihatan mempersona dengan kot mink, dress chiffon berbuih dan gaun sheer yang digabung dengan teliti untuk menghasilkan adegan di dalam kisah dogeng sperti baying pokok, tumbuhan yang kembang di sepanjang bukit-bukau, istana di atas bukit berserta puteri berambut perang.
 
Acara diikuti dengan majlis makan malam di Terrazzadel Pincio di Villa Borghese yang menjadi tuan rumah kepadala salah satu daripada pemandangan landskap yang paling menakjubkan di Rom.Acara makan malam itu turut dihiburkan dengan persembahan khas dari Giorgio Moroder, ikon dan lagenda muzik disko yang telah berkolaborasi dengan bintang ternama seperti Barbara Streisand, Freddy Mercury, Donna Summer dan Daft Punk.
 
Para tetamu jemputan turut dijemput untuk pratonton pameran FENDI ROMA- The Artisns of Dreams di tingkat pertama Palazzo della Civiltaltaliana itu yang ditetapkan sebagai tuan rumah pameran jenama fesyen itu yang dibuka sepanjang tahun kepada orang ramai dan diikuti dengan brunch di teres tingkat satu Palazzo della Civitaltaliana.
 
FENDI bersama-sama dengan Karl Lagerfeld dan Silvia Venturini Fendi menyambut 90 tahun pencapaian evolusi hebat, avant-garde experimentation, penyelidikan dan inovasi tanpa had Maison itu untuk menghasilkan reka bentuk kot bulu dan aksesori mewah dan moden.
 
Pertunjukkan fesyen FENDI ini boleh didapati di laman web FENDI www.fendi90years.com.
 

 

POST A COMMENT