Madonna Bersuara Untuk Golongan Wanita Dalam Industri Muzik

Pada malam 9 Disember yang lalu, Madonna telah diberi penghargaan oleh Billboard’s Women in Music 2016 sebagai ‘Woman of The Year’ dan apa yang membuatkan Madonna lebih dikagumi pada malam itu, selain daripada persalinan Gucci yang dipakainya, adalah ucapannya pada malam tersebut.

 

Madonna laid out the truth.

 

“Saya berdiri di depan anda semua sebagai lapik kaki. Oh, maksud saya, sebagai seorang penghibur wanita,” Madonna memulakan ucapannya. “Terima kasih kerana menghargai kebolehan saya untuk meneruskan karier saya selama 34 tahun ini dalam menghadapi seksime dan misogini dan pembulian dan penderaan.”

 

Penyanyi lagenda itu meneruskan lagi ucapannya dengan menyentuh beberapa perkara yang menunjukkan betapa bermasalahnya masyarakat kita.

 

“Kalau anda seorang perempuan, anda perlu bermain satu permainan. Anda perlu jadi cantik, comel dan seksi. Tapi jangan tunjuk pandai sangat. Jangan ada pendapat yang tidak serasi dengan status quo. Anda dibenarkan untuk diobjektifikasikan oleh lelaki tetapi jangan sesekali anda rasa bangga dengan rupa anda.”

 

“Dan jangan sesekali, saya ulang sesekali, berkongsikan fantasi seksual anda dengan dunia. Jadi apa yang lelaki mahu anda jadi, tapi yang paling penting, jadi apa yang wanita lain selesa dengan diri anda apabila anda berada dalam kalangan lelaki. Dan akhir sekali, jangan berumur. Kerana berdosa kalau anda berumur. Anda akan dikritik dan dicerca dan [lagu anda] tidak akan dimainkan dalam radio.”

 

Madonna meneruskan lagi ucapannya dengan menceritakan pengalamannya bersama bekas suaminya, pengalamannya semasa dia tiba di New York pada tahun 1979 dan bagaimana dia diperkosa.

 

Dia mengkahiri ucapannya dengan “Cari wanita yang kuat untuk dijadikan sahabat, untuk menyelarikan diri anda, untuk belajar daripada mereka, untuk bekerjasama, untuk menyokong, dan diikuti.”

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

POST A COMMENT