fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Percayakah anda gambar-gambar ini dirakam dengan kamera telefon pintar?
British Fashion Award 2016 Meraikan Dunia Fesyen
Sultan Selangor Peristerikan Bekas Pembaca Berita RTM
Virgil Abloh Dari Off-White Berkolaborasi Bersama IKEA
Zayn Malik Bakal Lancarkan Koleksi Bersama Versus Versace
Home > Uncategorized > Pentas Terakhir Gisele Bundchen

Pentas Terakhir Gisele Bundchen

BRAZIL-SAO PAULO-GISELE BUNDCHEN RETIRESGambar: TPGVIP

 
Supermodel Gisele Bundchen melewati pentas terakhir dalam karier modelling-nya di Minggu Fesyen Sao Paulo. Pentas Colcci jadi pilihan sambil disaksikan suami tercinta, Tom Brady yang duduk di barisan hadapan.
 
Gisele mengumumkan persaraan dari pentas peragaan bulan lalu. Beberapa jam sebelum berjalan di pentas itu, dia memuat naik gambar sewaktu di pentas peragaan pertamanya di laman Instagram. “Saya bersyukur kerana pada usia 14 tahun, saya diberi peluang untuk memulakan perjalanan ini. Hari ini selepas 20 tahun di industri, ianya merupakan suatu yang istimewa untuk membuat keputusan berjalan di pentas fesyen terakhir tetapi masih lagi meneruskan langkah dalam melakukan aspek lain dunia modelling.”