Tom Ford Bersuara Tentang Melania Trump

Looks like the topic of dressing the future First Lady isn’t over yet!

 

 

Sophie Theallet menjadi buah mulut ramai beberapa minggu lalu kerana surat yang ditulisnya kepada bakal First Lady Amerika Syarikat, Melania Trump. Nukilan pereka fesyen tersebut bernada negatif dan beliau enggan menggayakan Melania kerana sikap suaminya yang hedonistik.

 

Namun demikian, terdapat seorang pereka fesyen yang tidak ingin menggayakan Melania, sebelum suaminya menembusi dunia politik lagi. “Dia tidak mencerminkan imej saya. Jika Hillary menang sekali pun, beliau seharusnya tidak memakai pakaian saya. Ianya terlalu mahal, dan bukan dari segi negatif. Tetapi, saya rasa sebagai wakil rakyat marhaen, anda seharusnya tidak memakai pakaian yang terlalu mahal sebegitu”, kata pereka fesyen kelahiran Britain itu dalam temu ramah bersama The View.

 

Pereka fesyen itu adalah Tom Ford.

 

 

 

Tom pernah berkata bahawa dia mengundi buat parti Hillary. Pakaian malam couture rekaannya selalunya dalam rangka $3,500 hingga $13,00. Katanya, kos yang tinggi itu hasil mutu kerja yang tiada tandingan serta buah idea yang lain dari lain. Walaubagaimana pun, pereka fesyen itu pernah menggayakan Michelle Obama ketika lawatan rasminya ke Buckingham Palace.

 

 

Raja Fesyen Amerika, Tommy Hilfiger pula mempunyai pandangan yang bertentangan. Beliau berkata para pereka fesyen patut berbangga jika dapat peluang untuk menggayakan Melania Trump.

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

POST A COMMENT