Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Mangkat
Beyoncé: Info Yang Patut Anda Tahu Perihal Rumi dan Sir Carter
Top 10 Model Paling Popular Di Instagram Untuk Tahun 2017
Nasihat Cinta Oleh Rihanna Melalui DM Di Twitter
“Saya tidak akan berhenti modelling” – Cara Delevingne
Home > Uncategorized > David Beckham Dikecam Kerana Mencium Anak Sendiri

David Beckham Dikecam Kerana Mencium Anak Sendiri

Sudah menjadi perkara lazim apabila seorang anak kecil mencium ibu bapa mereka pada bahagian bibir, yes?

 

Namun masih ada lagi golongan individu berfikiran sempit (lagi sempit daripada seluar Ultra Stretch Jeans saya ini nampaknya) yang berpendapat bahawa hal ini salah. Dari segi apa sebenarnya?

 

Kiss for Daddy ❤️

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

Jikalau tahun lepas pereka fesyen dan supermum Victoria Beckham berkongsikan sekeping foto di Instagram di mana dia mencium anaknya Harper di atas bibir lalu dikecam netizen yang “berang,” kali ini netizen mengalihkan amarah mereka kepada suaminya pula David Beckham.

 

Bintang bola sepak dan antara lelaki paling seksi di dunia ini telah berkongsikan sekeping foto di mana dia juga mencium Harper pada bibirnya bersama kapsyen “Kiss for Daddy ❤️” yang menampakkan keakraban dua beranak ini.

 

Namun netizen yang tidak puas hati dengan perbuatan “tidak senonoh” ini mula mengecam Beckham.

 

“Anda semua tidak senonoh kerana mempertahankan perkara ini. Kebenaran akan dibuktikan… ini mungkin boleh diterima pada tahun 1990-an, tetapi masa sudah berubah, dan kami tidak akan berdiam diri lagi. Kesucian kanak-kanak harus dijaga,” nyata satu netizen yang berang.

 

“Ibu bapa dan anak-anak tidak perlu bercumbuan!” nyata lagi seorang.

 

In what world ibu bapa bercumbuan dengan anak mereka merupakan perkara normal?

 

Bak kata Hilary Duff yang juga pernah dikecam kerana mencium anaknya di bibir:

“Anyone commenting that a kiss on the lips with my four year old is ‘inappropriate’ go ahead and click a quick unfollow with your warped minds and judgment.”