Pandangan André Leon Talley Terhadap Melania Trump

Bekas editor-at-large majalah Vogue sertai kem Tommy Hilfiger akan kedudukan Melania Trump sebagai bakal First Lady Amerika Syarikat.

 

 

GLAM pernah ketengahkan isu perpecahan dunia fesyen apabila diperkatakan tentang Melania Trump. Ada mereka yang tidak setuju sama sekali akan bakal First Lady Amerika Syarikat itu (Sophie Theallet dan Tom Ford) dan ada pula yang mengambil situasi pasti itu sebagai perkara positif seperti yang dibualkan oleh Tommy Hilfiger dan Diane Von Furstenberg.

 

Sekarang, dunia fesyen digemparkan dengan khabar bahawa salah satu ikon ternama industri tersebut, André Leon Talley tidak sabar akan Melania sebagai First Lady Amerika Syarikat! André membela kedudukan Melania.

 

“Saya berharap agar tempoh Trump sebagai Presiden ialah suatu yang baik. Melania bakal menjadi salah satu bintang dalam pentadbiran [Trump]”, katanya dalam sebuah temu ramah bersama The Daily Mail. André kemudiannya membandingkan para bekas First Lady, Jacqueline Kennedy, Laura Bush dan Michelle Obama kepada Melania.

 

Konklusinya? “Beliau [Melania] ialah seorang yang disenangi bersama”, kata André sambil tersenyum.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

POST A COMMENT