Pendapat Tommy Hilfiger Tentang Melania Trump

 

Nampaknya bukan semua ikon fesyen berbulat suara tentang perspektif negatif akan bakal First Lady Amerika Syarikat, Melania Trump. Selepas ditanya Women’s Wear Daily tentang kehendak beliau menyarungkan rekaannya ke tubuh Melania, pereka fesyen lagenda, Tommy Hilfiger berpendirian bahawa jika diminta oleh isteri Donald Trump itu, beliau akan  mereka outfit baginya.

 

“Saya menganggap dia sebagai seorang wanita yang sungguh jelita. Mana-manapun pereka fesyen akan berbangga jika diberi peluang untuk menggayakan Melania”, jelas Tommy kepada majalah itu. “Ivanka pula sama cantik, sama padan juga. Saya tidak memahami mengapa orang ramai perlu mengaitkan isu ini bersama politik. Ramai senang menggayakan Michelle [Obama], apa bezanya buat gadis-gadis Trump?”

 

 

Kenyataan dibuat Tommy amat berkonta dengan surat terbuka yang dikongsikan oleh Sophie Theallet yang bernada negatif dan menggesa para pereka fesyen untuk mengelak dari menggayakan atau mengaitkan diri dalam apa jua bidang akan bakal First Lady itu. Sophie mengetengahkan perasaan bangga beliau ketika menggayakan Michelle Obama tapi berpendapat berbeza akan unsur-unsur rasis, seksis dan xenofobia dalam manifesto yang dibuahkan oleh suami Melania, Donald Trump yakni bakal Presiden Amerika Syarikat.

 

Apa pendapat anda?

Oleh: Aizat Azman Shah

 

POST A COMMENT