Matthieu Blazy Membawa Chanel Cruise 2026 Kembali Ke Laut
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioUntuk koleksi Chanel Cruise pertamanya, Matthieu Blazy terinspirasi daripada sejarah peribadi dan profesional Coco Chanel, lantas diterjemah ke dalam koleksi yang membawa perjalanan ke bandar tepi laut Biarritz di Selatan Perancis.
Ada sesuatu yang sentiasa terasa teratur tentang wanita Chanel yang sentiasa membawa DNA kemas, terkawal dan penuh pesona dalam setiap perincian. Namun, Matthieu Blazy memilih untuk melonggarkan bahasa itu untuk koleksi Cruise 2026/27, membawa ia kembali ke Biarritz yang merupakan tempat di mana pakaian Chanel mula belajar bergerak dengan lebih bebas. Bukan untuk mengubah identiti, tetapi untuk mengingatkan semula bahawa elegan tidak semestinya kaku. Di sinilah Gabrielle Chanel membuka rumah couture Chanel dan mempersembahkan koleksi awalnya, dikelilingi cahaya matahari, angin, pasir dan laut. Ia turut mencipta koleksi pakaian yang menolak norma kekangan serta formaliti Paris, sebaliknya mengutamakan keselesaan, pergerakan dan praktikaliti.
Pada masa yang sama, sebagai wajah generasi baharu mengedalikan rumah fesyen Chanel, Blazy kembali ke akar sejarah untuk koleksi debut Cruise 2026, dengan kehadiran barisan tetamu ternama seperti A$AP Rocky, Nicole Kidman, Tilda Swinton Michaela Coel dan ramai lagi. Suasana terasa segar dan kontemporari, lantas membuktikan koleksi ini tidak terperangkap dalam nostalgia, tetapi bergerak seiring masa kini.

Koleksi Pertama Chanel Cruise 2026 Oleh Matthieu Blazy
Ketika di pentas peragaan, koleksi yang dihadirkan diterjemah melalui siluet yang lebih ringan dan tidak terlalu berstruktur. Gaun hitam ikonik antara kod popular Chanel, muncul dalam versi yang lebih santai serta memeluk tubuh dengan cukup effortless. Perincian kecil diberi fungsi baharu seperti elemen yang terdahulunya dekoratif, kini terasa lebih praktikal. Sementara itu, proporsi juga diolah semula untuk memberi ruang kepada pergerakan yang mana hasilnya adalah pakaian yang terasa hidup dan tampak mempersonakan.

Permainan material pula menjadi nadi kepada keseluruhan mood koleksi. Fabrik sutera yang ringan diolah menjadi dress yang mengalir lembut, berlapis secara tidak simetri seakan selendang yang dibiarkan bebas ditiup angin laut. Material tweed yang nyata sinonim dengan identiti rumah fesyen mewah ini, dilonggarkan sehingga terasa lebih lembut dan kurang formal. Pendekatan ini mengekalkan identiti, tetapi dalam versi yang lebih santai dan mudah didekati.

Beralih pula ke deretan aksesori yang terus menjadi sorotan utama, ia melengkapkan naratif antara fungsi dan gaya. Beg tote bersaiz ekstra besar, fishnet cover-ups serta kasut tumit yang memberi ilusi “barefoot” muncul sebagai item yang penuh kekinian dan seolah-olah dicipta khas untuk pesisir Basque. Di samping itu, gaun maxi fit-and-flare serta closing look sebagai penutup koleksi, disuntik dengan kilauan dan kemasan paillettes yang menyerupai sisik ikan atau seperti duyung yang menyulam kehalusan couture Chanel ke dalam estetika Biarritz yang lebih pared-back. Keseluruhannya terasa seimbang, antara kemewahan dan kesederhanaan yang nyata membuktikan Blazy hebat dalam mengekalkan warisan sambil membawa estetikanya yang lebih kontemporari.

Artikel berkaitan: Kempen Terkini Chanel 25 Terinspirasi Daripada Video Ikonik Kylie Minogue
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
