LV Mirage, Satu Koleksi Yang Menyantuni Gaya Elegan
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioLouis Vuitton melancarkan himpunan LV Mirage yang menyantuni gaya sopan dan elegan tatkala bergaya ke acara keramaian bersama keluarga.
Dalam apa jua acara dan momen, pastinya Louis Vuitton mempunyai hadiah buat semua. Sebagai jenama rumah fesyen mewah yang mempunyai pelbagai pencinta pastinya Louis Vuitton bijak menawarkan seleksi koleksi yang kena dengan acaranya. Terkini, rumah fesyen ini melancarkan himpunan LV Mirage. Satu koleksi yang bertunjangkan gaya elegan, sopan serta memenuhi kriteria buat wanita yang mahukan keselesaan yang maksima. Apatah lagi ketika menyarungkannya buat acara berhimpun bersama keluarga dan sahabat-handai.

Bermula dengan ceraian pakaian, koleksi LV Mirage mengangkat tema dan inspirasi daripada himpunan musim bunga 2024. Dari pentas itu, maka terhimpunlah siluet yang bersaiz besar dengan menggabungkan citra gaya yang cukup bersahaja. Cadangan Louis Vuitton buat penggayaan ke acara sebegini adalah dengan menyarungkan dress kemeja yang direka dalam panjang yang pelbagai. Lebih nampak ayunya, apabila wanita memadukan bersama skirt bertingkat. Pilihan klasik lain yang ada pada himpunan LV Mirage termasuklah kemeja klasik dan blaus yang diserikan bersama monogram.

Apalah gaya keramaian jika tidak dilengkapi dengan aksesori terbaru. Taruhan buat gaya siang hari buat LV Mirage adalah Coussin BB dan Loop half-moon yang disimbah dengan rona merah Bordeaux. Ada juga Cluny Mini dan Alma BB dalam pilihan rona kuning air yang diperbuat menggunakan material kulit Epi. Bagi gaya belah malam pula, Louis Vuitton mencadangkan himpunan beg yang ditatah dengan kristal mewah. Jinjitlah beg Capucines Flower Crown dengan ditambah dengan esen Monogram atau beg Twist West bersama gancu loket yang berkilau mewah. Pilihan beg lain ada Capucines Mini LV Mirage dalam kulit rona emas cair yang ditatah dengan batu kristal mencipta kelopak bunga Monogram. Beg Capucines yang ikonik ini menjadi item pelengkap yang sempurna buat momen keramaian ini.

Melangkah dengan penuh indah dalam percaturan kasut LV Mirage. Himpunan kasut Blossom hadir dalam variasi seperti slingbacks, mule dan terkini ada kasut yang bermuncung lebih halus. Bagi kasut Isola pula, direka dengan medalion LV Circle bersama jemeki sekuin dalan rona emas dan merah gelap. Kasut di koleksi LV Mirage ini memberikan gaya yang lebih lembut dengan ada pilihan tumit yang direka berbentuk Monogram bunga. Ia pasti memberi biasan kewanitaan yang cukup sejati dengan detik keramaian manis ini. Himpunan LV Mirage boleh didapatkan di butik terpilih Louis Vuitton, termasuk Malaysia dan secara maya di laman web.
Artikel Berkaitan: Koleksi Musim Luruh 2023 Louis Vuitton: The Greater Heights
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
