Inovasi dan Kreativiti TOUS Kekal Bergaya Selepas 33 Tahun

Dizahirkan 33 tahun yang lalu, beruang teddy ikonik TOUS masih lagi sinonim dengan jenama aksesori mewah ini sehinggakan ia menjadi elemen penting dalam setiap ceraian dan koleksi yang dikeluarkan oleh TOUS.

Rosa Oriol Porta Dan Salvador Tous Ponsa
Bermula sebagai syarikat pembuat jam pada tahun 1920, anak kepada pengasas jenama veteran ini, Salvador Tous Ponsa bersama isterinya Rosa Oriol Porta menggabungkan bakat, idea, dan visi mereka untuk menempa nama TOUS ke dalam industri barangan perhiasan pada tahun 1965. Bermula pada awal 70-an pula, Rosa mula menghasilkan perhiasan dengan sentuhan peribadi buat pelanggan-pelanggan mereka dengan memperkenalkan elemen moden, kreatif, dan perhiasan yang lebih menarik. Revolusi kecil ini kemudiannya membawa kepada kelahiran simbol beruang teddy ikonik yang dikenali ramai kini.
“Melalui salah satu percutian saya, saya ternampak beruang teddy di sebalik cermin sebuah kedai dan ia mengingatkan saya kembali kepada memori-memori indah sewaktu saya kecil. Bagaiman jika saya menghasilkan semula [beruang teddy] menggunakan emas? Beruang tersebut menandakan pengembangan kami dan ia sentiasa wujud dalam setiap rekaan kami. Ia merupakan [satu simbol] yang istimewa dan saya sedar kami berada di sini kerana beruang tersebut. Kelembutan yang ia berikan adalah sesuatu yang universal.”
Lambang beruang teddy ini telah membuatkan ramai jatuh cinta dengan TOUS dan ada juga yang menganggap lambang ini sebagai tangkal bertuah mereka dengan aura positif dan jiwa muda dizahirkan melalui lambang ikonik ini.
Melalui inovasi dan kreativiti mereka yang sentiasa berkembang, TOUS kini menampilkan 30 koleksi barangan perhiasan dan 50 koleksi tas tangan saban tahun.

Stor TOUS Jewelry berlokasi di:
- Pavilion KL, Aras 2
- IOI City Mall Putrajaya, Aras G
- Stor Sogo Department, Aras G – Beauty Hall
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
