fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
“Saya tidak akan berhenti modelling” – Cara Delevingne
Melania Trump Muncul Dengan Rekaan Ralph Lauren
25 Gadis Bond
Nama Puteri Sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza Didedahkan
Tony Eusoff Bebas Penjara Awal
Home > Uncategorized > 2 Pengarah Kreatif Rumah Fesyen Courrèges Berhenti

2 Pengarah Kreatif Rumah Fesyen Courrèges Berhenti

Sumber: Amit Israeli

Kedua-dua pengarah kreatif Courrèges, Sébastien Meyer dan Arnaud Vaillant telah meletakkan jawatan dari rumah fesyen Perancis itu. Peninggalan mereka merupakan susulan dari koleksi musim luruh / sejuk 2017 mereka di Minggu Fesyen Paris pada bulan Mac lalu. Sébastien dan Vaillant mengambil alih jawatan itu sejak dua tahun lalu.

 

Sebuah kenyataan dari rumah fesyen itu dikeluarkan — “Rumah fesyen Courrèges dan duo kreatif itu telah bersefahaman untuk memberhentikan kolabarasi mereka. Mereka mengetuai arahan kreatid dan artistik jenama ini sejak tahun 2015. Sébastien Meyer dan Arnaud Vaillant telah membawa visi dan bakat mereka. Mereka telah mencapai matlamat untuk menafsirkan kesemua gol dan harapan rumah ini yang bersinonim keunikan dan semangat inovatif rumah ini”.

 

Pereka-pereka fesyen tersebut bertemu tatkala sedang melanjutkan pelajaran di Mod’Art International Paris pada tahun 2009. Mereka menunda progres label sendiri, yakni Coperni bagi menghidupkan semula rumah fesyen Courrèges.

 

GLAM kurang pasti jika mereka ingin menyambung berkhidmat demi label mereka itu atau tidak — best of luck to the designers from us!