Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 Amal Dan George Clooney

t70921336_max

Gambar: TPGimage


 
Pada 27 September, genap dua tahun usia perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin. Pasangan Clooney ini berkahwin di Venice di sebuah majlis perkahwinan besar-besaran yang diadakan selama tiga hari berturut-turut.
 
Masih lagi segar dalam ingatan Amal Clooney yang kelihatan begitu menawan dalam busana pengantin yang direka khas oleh Oscar de la Renta sebelum dia meninggal dunia.
 
Sejak dari tarikh bersejarah itu, pasangan Clooney ini kelihatan lebih bahagia berbanding sebelum ini dan rahsia kebahagian pasangan ini ialah dengan mencari keseimbangan antara kerja dan masa yang diluangkan bersama-sama.
 
t73354829_max

Gambar: TPGimage


 
Pada 16 September, Amal bercakap buat pertama kali di hadapan PBB untuk menggesa pendakwaan terhadap pemimpin ISIS atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai. Dan lima hari sebelum itu, George, 55, telah bekerjasama dengan pelakon Don Cheadle untuk membentangkan hasil siasatan terhadap kes profiteering perang Sudan melalui organisasinya, The Sentry.
 
Menurut satu sumber, “Walaupun dengan semua kerja-kerja penting yang mereka lakukan, mereka sentiasa fokus kepada rumah tangga mereka. Mereka pasti akan menghabiskan waktu yang terluang bersama-sama.”
 
Pasangan itu turut menggabungkan kerja dengan aktiviti menarik. Sebagai contoh, pasangan itu telah pergi makan malam di Riviera Perancis ketika George sedang mempromosi filem Money Monster di Festival Filem Cannes.
 
Musim panas ini, mereka menghabiskan masa beberapa minggu di vila mereka yang terletak di Tasik Como dan makan di restoran kegemaran mereka dan turut meluangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
 
t55130686_max

Gambar: TPGimage

POST A COMMENT