Home > Uncategorized > New Age Debutantes: Marisa Soraya Mazlan
Teks & Penyelaras AZZA FARHANA
Dibantu Oleh ELISA HAIDA
Konsep SUZIE ADNAN
Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM
Penata Gaya ZUHAIRIE SAHROM
Gambar BIBO ASWAN
See Also
Solekan NAJEEB AZAMI MENGGUNAKAN CHANEL
Dandanan CENTRO W SALON
Lokasi SHOWROOM XTRA FURNITURE, THE GARDENS MALL

Marisa tampil sensual dengan sheer dress Gucci biru yang sarat labuci dan dipadankan dengan sepatu tumit tinggi juga dari Gucci.
Marisa Soraya Mazlan, baru berusia 20 tahun, sememangnya dia sudah terdedah dengan kelompok fesyen semenjak dia kecil lagi. Ini kerana ibunya, June Baharuddin, pernah menjadi buruan banyak majalah suatu masa dulu dan dilabel sebagai fashionista kota. Mengimbas kembali 10 tahun yang lalu, June Baharuddin terpilih menghiasi majalah GLAM sebagai salah seorang 50 Most Glam untuk tahun 2006. Tiba masa untuk si anak pula mewarisi kemasyhuran si ibu. Marisa akui ibunya adalah selayaknya menjadi fesyen ikon. Sejak dari kecil dia lihat June bersiap cantik dengan aneka helaian pereka. Malah masa kecil dia pun sudah puas mencuba helaian ibunya dan berangan angan di hadapan cermin. Daripada situ dia mula jatuh cinta segala-galanya yang berkaitan dengan fesyen.
Semakin meningkat remaja, Marisa mula bereksperimen dengan fesyen high street style untuk gaya hariannya. Dia juga turut menyokong pereka-pereka tempatan. Antara jenama yang kena dengan selera fesyennya adalah Alia Bastamam, Tengku Syahmi, dan Afiq M. Kalau koleksi dari pereka antarabangsa pula Balmain, Dior, dan Versace adalah trademarknya. Satu tentang Marisa, dia juga suka jenama seperti Adidas, Stella McCartney, dan Puma. Apabila menghadiri majlis, dia akan memakai helaian couture dan dipadankan dengan sneakers. “I am always the girl in a gown and a sneakers at a party. That’s me!” Saya diberitahu yang beg tangan Givenchy adalah her latest guilty pleasure!
Ya, orangnya sangat ramah. Senang didekati. Sesiapa sahaja yang berbual dengannya pasti akan berasa senang. Dalam persalinan Gucci, Marisa berkongsi cita rasa dan ideologi fesyen bersama ibunya sejak dia kecil lagi. “Banyak yang saya pelajari daripada ibu untuk penataan gaya pada diri. Ada masa ibu akan bangga apabila saya bergaya sepertinya dulu-dulu. I tried the whole dark lip look and showed her and she’s like “Marisa, I did that ages ago ok.” Hahaha! Saya cukup mengagumi ibu dalam pelbagai aspek. Dia seorang wanita yang berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh pada prinsip hidupnya. I hope I will look like her too as I get older as I think she is still hot now!”
Marisa menanam impian untuk bergelar CEO dan memiliki syarikat perhubungan awam dalam industri fesyen satu hari nanti. Membesar dengan melihat kejayaan ibunya sebagai usahawan menguruskan Galeri Tangsi suatu masa dulu menjadi pembakar semangat untuk dia sama berjaya persis ibunya. Buat masa ini Marisa mengharapkan untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dalam arena fesyen untuk mempelajari dengan lebih terperinci selok-belok dunia perhubungan awam ini.

Marisa bergaya dengan sheer dress sarat perincian labuci dengan potongan plunging neckline dari Gucci
Nasihat paling bernilai daripada ibu? “Saya amat terharu apabila menerima kad hari jadi yang ke-15 daripada ibu yang bertulis, “You are my gorgeous star and don’t let anyone else make you think otherwise.” Dan saya berpegang pada kata-katanya sehingga ke hari ini. Dan hadiah yang paling istimewa dari kedua ibu bapa saya ialah chocker berlian berbentuk bintang and it was way before the trend became popular.” Marisa juga akui kadang-kadang dia dan ibunya berlainan pendapat tetapi, ibunya akan cuba fahami situasinya dan mereka berbual mengenai sesuatu isu bersama. Mereka juga lazimnya akan luangkan masa bersama dengan bergosip dan makan makanan kegemaran mereka yakni nasi ayam Hainan atau kuey teow kantonis.
Bercerita mengenai dirinya, Marisa percaya personaliti dirinya yang ramah dan mudah bergaul adalah aset terbesar pada dirinya. “Sudah menjadi tradisi keluarga, setiap hujung minggu seluruh ahli keluarga akan ke rumah Tok Mummy dan Tok Daddy. Jadi hubungan kekeluargaan kami sangat akrab kerana bertemu setiap minggu. It’s nice because it’s feels like Raya every once a week! Pantang ada waktu terluang, dia mempunyai hobi untuk mencuba restoran atau kafe-kafe baru sekitar ibu kota. “Ya saya suka hampir semua jenis masakan dan paling saya gemar makanan Jepun di Rakuzen dan Lebanese di Tarbush! Acap kali kami sekeluarga keluar makan malam untuk raikan hari-hari istimewa we always have giggles, laughs and love all the way for sure. It’s the little things that truly matters and every moment together is as memorable as the last one.”
Pelajar jurusan komunikasi, major dalam perhubungan awam dan pemasaran di universiti Taylors’ Lakeside ini sudahpun berpunya. Hatinya sudah dikunci untuk si dia. Dari gerak gerinya saya dapat baca yang dia sedang meniti fasa bahagia dalam hidupnya. Siapa boyfriend you? Saja saya mengusiknya “I call him Zaim Malik, no no not Zayn Malik but Zaim. Ya saya amat obses pada Zayn Malik tetapi Zaim saya lagi charming!”
Bercinta dengan kerabat Negeri Sembilan tentunya ramai yang mengikuti kisah percintaan mereka menerusi akaun Instagram. Apabila ditanya apa perancangannya, Marisa berkata dia selesa bersama YM Tunku Khair Ul-Zaim dan buat masa ini mereka tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan. Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan cintanya, tetapi yang pasti Marisa akui yang Zaim orangnya amat romantis dan dia berasa selesa apabila berada di samping kekasihnya. Harapannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di luar negara dalam jurusan Fesyen.
Related Stories
12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
Model Hamil Di Atas Pentas Victoria’s Secret...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 20, 2017
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgäng...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Harg...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewe...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 01, 2017
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dun...
BY Ai Nazmi Norzaid
Nov 23, 2017
Your Next Read
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
BY Nadia Zolkifli
Jan 31, 2018
GLAM Next Face 2018 – Voting!
BY Maria Hanim
Jan 30, 2018
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan S...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 30, 2018
Kediaman – Simfoni Dekorasi
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Trend – Simbolisme Kesejahteraan & Keme...
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara
BY Marini MZ
Jan 30, 2018
GLAM Beauty Awards 2018
BY Harissa Qistina
Jan 29, 2018
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Gr...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Kediaman – Antik Metropolitan
BY Nadia Zolkifli
Jan 29, 2018
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. ...
BY yong sufia
Jan 26, 2018
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status G...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busa...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris ...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 25, 2018
