GLAM NEXT FACE: Azura Wajah Ikon Dunia Peragaan Malaysia

GLAM raikan Tengku Azura sebagai satu national treasure yang mungkin akan diangkat dalam berpuluh tahun yang akan datang. 

 

azura-cover3

Tinggi lampai dan punya bentuk badan yang sempurna, jadi tidak pernahkah tersimpan hasrat menjadi peragawati sejak kecil? “Sejujurnya, sejak dari kecil saya ini punya karakter seperti budak lelaki. Kawan-kawan semuanya lelaki. Saya tidak suka menyarung dress. Rambut panjang tidak terurus. Apatah lagi jika mahu berdandan. Memang tidak tahu langsung perkara-perkara ini. Tapi dahulu saya pernah juga pasang angan-angan untuk menjadi pramugari sebab mahu terbang ke negara orang naik kapal terbang!” Terus gelak tawa Fendi Sani (pendandan rambut) memecah suasana temubual kami yang berlangsung sewaktu Azura beraksi buat lembaran fesyen fokus pada aksesori barang kemas.

 

azura-1

 

“Ya, memang betul Azura ini cukup lain pada awal pembabitannya dalam dunia peragaan. Saya masih ingat mendapat panggilan dari Cilla dan dia cukup bersemangat menceritakan fasal Azura. Paling tidak dapat saya lupakan apabila Cilla memberi amaran awal-awal mengenai rambut Azura. Sekarang rambutnya sudah semakin cantik. Azura ini unik orangnya, tidak langsung sama dengan peragawati yang ada di Malaysia. Bukan hanya wajahnya tetapi lebih daripada itu. Dan keistimewaan itulah yang terus meletakkannya di pentas yang tersendiri,” ujar Fendi Sani, antara orang pertama dapat bekerja dengan Azura Awang sejak usianya 19 tahun.

 

Sempat saya bertanya memori pertama dalam dunia peragaan? “Tidak mungkin saya dapat lupa kali pertama beraksi buat penggambaran fesyen di tengah-tengah hutan. Terpaksa memakai dress yang terlalu pendek sehingga membuatkan saya menangis!” Buat pertunjukan fesyen pula kali pertama melewati pentas peragaan adalah acara hi-tea di Hotel Pan Pacific. “Itulah kali pertama saya perlu membuat catwalk. Sudahlah tidak pernah berjalan dalam kasut tumit tinggi, apatah lagi memiliki kasut bertumit tinggi! Nasib baik ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat sempat meminjamkan kasutnya, lantas saya sembur dengan cat hitam sehingga meninggalkan kesan pada setiap langkah di atas pentas. Jika diingatkan balik cukup kelakar sekali!”

 

az33

“Saya sebenarnya cukup rebellious sewaktu awal-awal dalam dunia peragaan. Ada saja yang mahu melawan, Cilla terpaksa melayan kerenah saya yang gila-gila itu. Semua tahu dunia peragaan ini bukan indah belaka. Namun, orang tahu jika saya ada pertunjukan fesyen, saya lebih gemar duduk seorang diri di belakang pentas sambil tunggu masa disolek. Saya akan dengar muzik atau membaca buku. Selesai kerja saya lebih senang balik terus ke rumah. Tidak mahu campurkan urusan kerja dengan persahabatan.” Tambahnya, jika mahu berparti dengan rakan peragawati lain seeloknya selepas selesai kerja. Dia tidak kisah jika dilabel sombong, kerana dia masih berpegang dengan apa yang diajar oleh Cilla iaitu sentiasa memberi fokus terbaik ketika bekerja.

 

Wajah yang pernah menghiasi kempen Dior buat Asia ini cukup berterima kasih kepada Cilla. “Mungkin ucapan terima kasih tidak cukup buat Cilla kerana dia banyak membantu dalam kerjaya saya. Saya juga mahu mengambil kesempatan meminta maaf kepada Cilla kerana terus bertahan dengan kerenah saya sewaktu muda dahulu. Tidak lupa kepada rakan peragawati lain yang mengajar saya untuk terus yakin dengan diri sendiri.” Hannah Toolseram antara orang penting juga dalam membentuk Azura dalam dunia peragaan, dari belajar bersolek hingga membentuk jati diri yang lebih kuat.

 

azura-22

“Dahulu bukan seperti sekarang yang mana ketika ada pertunjukan fesyen, kami semua perlu menyolek dan mendandan muka sendiri. Barangan solek pun saya tidak ada apatah lagi mahu menyolek diri sendiri. Nasib baik ada rakan peragawati. Dahulu kami cukup erat sekali. Masing-masing akan menolong rakan peragawati yang lain.” Tidak ada peragawati yang cuba sabotaj kerjaya Azura? “Benda sebegini di mana-mana ruang kerja pasti akan ada. Sewaktu pertunjukan fesyen Vivienne Westwood pada 1993, dia turun ke Kuala Lumpur untuk pertunjukan fesyen. Kami semua perlu buat solekan sendiri walaupun ia satu pertunjukan antarabangsa. Paling tidak dapat lupa bagaimana seorang peragawati terkenal era 90-an menipu saya dengan menyolek muka dengan solekan yang lain. Nasib baik Bernie ada dan menyelamatkan keadaan.” Tambahnya sewaktu darah muda sedang mendidih, ada satu insiden yang tidak dapat dilupakan apabila berbalah dengan seorang peragawati. “Selepas insiden itu, saya berjanji tidak akan cepat bertelagah di belakang pentas,” kata Azura menjejaki semula memori silam.

 

KEMBARA AZURA BERSAMA GLAM

Hubungan istimewa antara GLAM dan Tengku Azura bermula sejak tahun pertama majalah ini menemui pembaca sehinggalah ke hari ini. Kami menyelak kembali halaman lama untuk melihat imej-imej Azura yang paling tidak dapat dilupakan.

 

2004

 

2004-azura

Azura memakai dress Dior rekaan John Galliano untuk kemunculan sulungnya sebagai hiasan muka depan GLAM isu Oktober 2004.


 

2006

 

2006-az

Dari berjalan menyelusuri pasar malam dengan berkaca mata hitam kepada berposing membelakangi landskap Hong Kong yang moden, Azura antara wajah tempatan terawal yang diberi penghargaan untuk turut serta dalam penggambaraan GLAM di luar negara


 

2007

 

2007-azura

Untuk GLAM isu Mei 2007, rupa gaya yang edgy dicipta menerusi paduan rambut asal Azura bersama rambut palsu putih


 

2008

 

2008-azura

Menyarung Dior di dalam isu Julai 2008, Azura menjiwai seorang lagi model hebat, Sasha Pivovarova dalam halaman fesyen yang cukup menyeronokkan ini


 

2009

 

Transformasi Azura menjadi muse Prada hanya dengan rambut palsu putih dan palitan celak mata.

Transformasi Azura menjadi muse Prada hanya dengan rambut palsu putih dan palitan celak mata.

POST A COMMENT