Oleh: Mujahid Saddam
Fazura di hadapan butik CH Carolina Herrera di Suria KLCC. Gambar: @missfazura
GLAM meluangkan masa bersama aktres, Nur Fazura di butik CH Carolina Herrera, Suria KLCC dalam suasana cukup santai. Ikuti bicara soal gaya serta kerjaya bersamanya dalam temu bual eksklusif ini.
Perkara yang menjadi keutamaan dikala membeli-belah?
Praktikaliti senantiasa menjadi keutamaan. Ceraian yang boleh diulang pakai serta punya versatiliti untuk digayakan tidak kira pada waktu siang atau malam. Ianya juga haruslah sesuai dengan umur saya dan boleh digayakan ke majlis-majlis yang harus saya hadiri.
Peraturan anda dikala bergaya?
Don’t overdressed and always dressed age appropriately. Dua perkara ini sering menjadi kesalahan utama wanita.
Item pilihan dari CH Carolina Herrera?
Sudah tentu Baret Bag! Ianya cukup sempurna dan sesuai digayakan ke mana sahaja. Dari brunch bersama teman hingga ke makan malam bersama yang tercinta, beg ini cukup menggoda dan senang digayakan bersama dress atau sekadar dalam seluar denim. Saya juga jatuh cinta dengan dress cetakan flora dalam koleksi musim bunga 2016. You can stop the traffic wearing it!
Baret Bag dari CH Carolina Herrera mengambil inspirasi dari kembara Jeanne Baré mengelilingi dunia
Perkembangan terbaru?
Selain sibuk dengan perniagaan, saya juga sedang menjalani penggambaran dua filem pada waktu yang sama. Filem pertama mengambil lokasi di Jakarta manakala filem kedua adalah kerjasama antara produksi Malaysia dan Hong Kong serta diterbitkan oleh Andy Lau. Ianya turut dibintangi Aaron Aziz, Izara Aishah dan Zul Ariffin.
Reaksi anda terhadap populariti lagu “Hancur Aku”?
Syukur alhamdulillah! Saya tahu ianya akan menjadi popular kerana pengaruh Estranged namun tidak sangka muzik video lagu tersebut akan mencecah sehingga dua juta penonton di YouTube. Ianya menjadi siulan ramai dan setiap kali bertemu peminat, mereka akan menyuarakan rasa cinta terhadap lagu itu.
Perancangan seterusnya dalam karier muzik?
Saya tidak pernah menyangka untuk pergi sejauh ini. Ianya hanya lahir dari hobi malahan saya berpendapat nada lagu “Sayangi Dirimu” juga adalah terlalu tinggi buat saya dan merupakan sebuah kesilapan. Namun saya belajar dari situ dan kini lebih mengenali vokal serta irama yang bersesuaian iaitu balada. Insya Allah, tahun ini saya akan melancarkan album.
Fazura bersama peragawati dalam persalinan CH Carolina Herrera musim bunga 2016
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
