fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Duta Golden Goose Global, Jackson Yee
MINGGU FESYEN NEW YORK
Kempen Terbaru Dior Menyentuh Topik Feminisme
Louis 200: Menyelusuri 200 Tahun Louis Vuitton
TUMI SS25 Cipta Solusi Buat Pengembara Moden
Home > Fesyen > The Alhambra dUCk Revolusi Lebaran Tahun Ini!

The Alhambra dUCk Revolusi Lebaran Tahun Ini!

 

Apabila berkata tentang jenama dUCk, ia sering kali dikaitkan dengan perkataan ekslusif dan bergaya. Label ini semangnya menjadi kegilaan gadis-gadis fesyen tempatan. Bukan sahaja ia dapat menjadi helaian buat tudung, sifat versatil dUck Scarves serta corak yang senantiasa menarik perhatian orang di sekeliling membuatnya sebagai suatu trend evergreen buat penggemar stail terkini.

 

Bagi musim lebaran tahun ini, mereka mengeluarkan The Alhambra dUCk, yakni ilhaman kota Alhambra di Granada, Spain yang kaya dengan hasil seni halus Islam. Motif laceria menjadi spotlight dalam mereka bentuk helaian kegilaan ramai ini. Terdapat juga tulisan “Salam Eid Mubarak” dalam jawi di sudut yang tertentu; jika anda mahukan corak yang lebih demurejust flip it over!

 

 

Disamping itu, The Alhambra dUCk juga boleh digayakan pelbagai cara, bukan sahaja tudung konvensional, malah ia boleh juga disarung sebagai skarf, vest serta turban, ikut gaya peribadi si pemakai.

 

Dengan 3 stail dan 7 pilihan rona warna, dari merah wira yang garang hingga kelembutan lilac, ia pasti membuat statement yang diiginkan. The Alhambra dUCk bakal menakluk dunia, satu gadis fesyen pada satu masa!