Bella Hadid Kembali Ke Pentas Peragaan, Catwalk Di Paris Fashion Week 2024
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioModel terkenal, Bella Hadid telah kembali ke dunia peragaan setelah dua tahun berehat dengan membuat penampilan pertamanya di Paris Fashion Week, memperagakan koleksi Saint Laurent untuk Spring-Summer 2025.
Dalam pertunjukan tersebut, Bella mengenakan sut hitam over-sized, kemeja putih, dan tali leher yang dipadankan bersama kaca mata hitam dan gaya rambut bun yang elegan.

Bella Hadid berehat dua tahun
Sebelum penampilannya di Paris, terakhir kali Bella dilihat catwalk di pentas peragaan pada Oktober 2022 bersama Naomi Campbell bagi acara amal di Doha, Qatar. Acara itu telah memukau mata yang memandang dengan gaya solekan mata gelap, gaun hitam dan kasut pump putih.

Menerusi temu bual bersama Allure, Bella mengakui bahawa setelah sedekad berkecimpung dalam industri permodelan, dia tidak mendapatkan kepuasan yang sepadan dengan usaha yang dicurahkan. Disebabkan ketidakseimbangan itu, dia membuat keputusan untuk berpindah ke Texas dan fokus kepada aspek lain dalam hidupnya.
Selama berehat dari dunia fesyen, Bella telah melancarkan wangiannya sendiri iaitu Orebella. Minatnya terhadap wangian telah wujud sejak lama yang dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya.
Sorotan LainCakap Fesyen Bersama Personaliti Terhangat Hollywood
Breaking News: Baselworld 2020 Dibatalkan!
Rothy’s Mengeluarkan Koleksi Tenis Daripada Botol Evian
Braun Buffel ‘Holiday World’, Rayakan Musim Libur Akhir Tahun 2021
Seán McGirr Pengarah Kreatif Baharu Alexander McQueen
Bonia Meraikan Pelancaran Butik Utama di Suria KLCC
View this post on Instagram
Pengalamannya membesar dalam keluarga Arab, Bella berkongsi betapa pentingnya bau-bauan dalam budaya mereka. Dia masih mengingati bau wangian neneknya ketika memasuki bilik dan ahli keluarganya juga menghasilkan essential oils.
Bella merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk berkongsi minat dan cintanya terhadap wangian dengan orang lain melalui jenama minyak wanginya itu.
Artikel Berkaitan:Â 25 Inspirasi Gaya Rambut Bella Hadid
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
