Selain Anna-Taylor Joy, Vanessa Kirby merupakan pelakon yang paling dinantikan gayanya sepanjang musim anugerah 2021. We want to know what Vanessa Kirby wore. Sejak bermulanya musim anugerah, nama Vanessa Kirby semakin giat memenuhi senarai gaya karpet merah terbaik. Setakat ini, Vanessa antara selebriti yang berjaya menampilkan stail-stail terbaik di karpet merah.
Sudah beberapa anugerah telah dianjurkan, GLAM tetap suka dengan gaya ringkas, anggun dan seksi dalam dress hitam Gucci sewaktu menghadiri Golden Globes yang lepas. Vanessa memilih dress yang sleek dan chic, yang mana rekaan tersebut menampilkan potongan leher halter dan butiran cut-out yang seksi pada bahagian depan dress. Menyempurnakan penampilan itu, Vanessa padankan dengan dua cincin Cartier dan sepasang subang platinum sebagai penegasan gaya.
Padanan tersebut tampak ringkas, namun ada statement gaya yang cukup bersahaja. Menurut Vanessa, penampilannya di Golden Globes, menyimbolkan identiti sebenarnya. Elegan dengan padanan helaian hitam, sememangnya gaya harian Vanessa, maka itulah dia kelihatan yakin dalam look Gucci itu.
Di 2021 Critics Choice Awards pula, Vanessa berani dalam rekaan warna merah. Memilih dress renda merah menyala ilham Saint Laurent by Anthony Vaccarello. Langsung, menonjolkan sisi Vanessa yang lain. Tetapi, masih kekal dengan elemen seksi, yang mana keseluruhan look disempurnakan dengan gaya rambut sleek, solekan yang nipis, dihangatkan dengan gincu warna merah yang sederhana skala warnanya. Untuk meningkatkan gayanya pada petang itu lagi, subang berlian Cartier yang cukup menonjol, menghangatkan lagi Vanessa. Sangat menggoda. Gayanya itu bagaikan karakter ‘Bond Girl’, blonde, tubuh yang seksi dan potongan dress yang melekap tubuh. One of her best looks so far.

Vanessa dalam Saint Laurent di 2021 Critics Choice Awards

Stunning in Givenchy sewaktu menghadiri 2021 SAG Awards pada 4 April lepas.
Gaya Vanessa di SAG Awards sekali lagi mencuri tumpuan. Vanessa dalam rekaan Givenchy by Matthew Williams. Ternyata, karpet merah yang berjalan secara virtual, tidak sama sekali membantutkan semangat para selebriti untuk tampilkan gaya-gaya terbaik. Malah, peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya. Vanessa mengambil peluang tersebut, untuk pamerkan gaya-gaya yang menyuntik nilai seni yang tiada tandingan. Vanessa dalam Givenchy are truly an art.
Gaun Givenchy dalam warna metalik perak, dengan padanan hitam pada bahagian bawah gaun, dihangatkan lagi dengan barang kemas Cartier. Solekannya kali ini, tertumpu pada bibir merahnya dan rambut diikat kemas dan bersih, ternyata menafaskan identiti wanita moden. Rujukan terbaik buat wanita yang mahukan solekan yang kemas, tanpa perlu berlebih-lebihan. Tak dinafikan lagi, this are one of Vanessa’s best looks.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: SAG AWARDS 2021: Selebriti Pakai Apa?
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


