Jojo Struys Bermeditasi Untuk Keseimbangan Hidup
Bahagia! Betapa sukarnya untuk hidup lebih bahagia selepas kita mengalami pandemik dunia yang kejam. Bukan sekadar hilang nyawa, ramai juga terjejas kehidupan dan mengalami tekanan mental. Jojo Struys bermeditasi untuk keseimbangan hidup.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM penulis MARINI MAT ZAIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan YUSOF RUZAIMI pembantu pelatih NISA SYUHADA

JOJO STRUYS MEMAKAI DRESS LABUH KAIT BERMATERIAL WOOL. DRESS BERSILUET POLOS INI DIGAYAKAN BERSAMA TALI PINGGANG BOX-TROT YANG HADIR DALAM GAYA BOLEH DITERBALIKKAN RONA YAKNI HITAM DAN COKLAT. KESEMUANYA ILHAM LONGCHAMP.
Saban hari berita duka diterima. Betapa sakitnya manusia hari ini dan masih adakah lagi harapan untuk kita semua hidup kembali positif? Jojo Struys bercerita lanjut.
Jojo Struys tiba tengah hari itu menyapa semua yang hadir di studio. Tampil bergaya boho dengan pakaian longgar dan berselendang, solekannya juga sangat minimal. Cantik! Kekal menawan dengan suara manjanya masih seperti dulu. Kala beraksi di depan lensa, tidak terlihat kekok. Masih punya aura seorang model ketika memberi gaya paling GLAM.
Jojo Struys, Self-Love Connoisseur
Peminat drama komedi Kopitiam dan majalah TV Pillow Talk pasti merindui Jojo Struys yang seolah-olah menghilang dari dunia hiburan. Kami lantas bertanyakan khabar terbarunya. Kata Jojo dia bukan menyepi, namun lebih selesa berada di belakang tabir. Jojo pernah menubuhkan produksi Kyanite TV dan menerbitkan beberapa program kembara seperti Astro Hitz Yuna Inspired, Jojo’s Diary of Asia dan banyak lagi.

JOJO STRUYS MENYARUNGKAN BAJU SEJUK TURTLENECK WOOL RONA JINGGA DIPADANKAN BERSAMA JUMPSUIT POTONGAN POLOS DENGAN GARIS LEHER BERBENTUK V KREASI LONGCHAMP. DIPADANKAN PUMPS SLINGBACK KULIT RONA MERAH JUGA DARI LONGCHAMP.
Masyarakat hari ini beralih pada dunia digital. Sejak itu, Jojo mula aktif mengendalikan studio yoga dan kecergasan. Ruang studio produksi kini ditransformasi menjadi studio yoga dan kecergasan. Cinta kepada dunia yoga dan meditasi bukan cinta yang baru tumbuh. Sebelum ini pun dia sudah menunjukkan minat, dengan menyambung pelajaran dalam bidang psikologi.
TINGGALKAN PERISTIWA LAMPAU, KERANA JIKA DIKENANG, PASTI ANDA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN — JOJO STRUYS
Malah pernah menjual album meditasi di Starbucks dan menulis buku mengenai kesihatan. Cuma, kali ini Jojo nekad. “Pulang dari berguru di India, saya tidak merancang pun membuka studio yoga sendiri. Sehinggalah tertubuhnya Ohanajo. Sehingga hari ini saya banyak mengelola bengkel kecergasan untuk menangani ketekanan perasaan. Juga mengajar teknik bernafas dengan baik dengan menggunakan kaedah yoga, meditasi dan bunyi-bunyian.”
- Baca lanjut dalam GLAM November 2022.
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Yinn Ooi
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
