MET GALA 2023, Penelope Cruz Berbicara Tentang Karl Lagerfeld
Tahun ini, pelakon Penelope Cruz bertindak sebagai Pengerusi Bersama untuk MET Gala 2023. Dan sudah tentu Cruz menyarung adi busana CHANEL sebagai tanda memperingati kawan baiknya, mendiang Karl Lagerfeld. Ikuti bual bicara Penelope Cruz mengenai Karl Lagerfeld.

TIGA KATA SIFAT MENGGAMBARKAN KARL LAGERFELD?
Kelakar, genius dan tidak dapat diramalkan.
KONGSIKAN MOMEN PERTEMUAN PERTAMA ANDA DENGAN KARL LAGERFELD?
Kali pertama saya melihat Karl, pada pertunjukan musim bunga/panas 1999, seseorang memperkenalkan kami dan kami bertanya khabar antara satu sama lain. Pada masa itulah saya juga bertemu dengan semua orang CHANEL yang kebanyakannya masih bekerja untuk CHANEL. Ia merupakan petanda yang sangat baik. Kemudian saya bertemu Karl sekali lagi di studionya kerana terdapat satu rekaan, gaun pengantin yang akan saya sarung di Goyas. Karl memberi saya lakaran yang indah dengan wajah saya pada lakaran tersebut. Saya sangat berbesa hati dan terpesona, ia adalah hadiah istimewa untuk dimiliki.
https://www.instagram.com/reel/Crt2-jKphtd/?utm_source=ig_web_copy_link
MEMORI TERINDAH BERSAMA KARL LAGERFELD?
Yang pastinya waktu kami bersiar-siar di Central Park pada waktu lewat malam selepas persembahan terakhirnya di MET. Yang mana merupakan koleksi terakhir Karl juga merupakan kehadirannya untuk terakhir kali. Kami pergi bersama-sama sewaktu ‘after party’. Dia kelihatan sangat tenang, sangat gembira. Ada sesuatu dalam tenaganya hari itu yang terasa hampir kebudak-budakan. Saya suka melihat dia begitu. Ia adalah malam yang indah yang kami kongsi bersama.
RAHSIA YANG KARL KONGSIKAN DENGAN ANDA YANG TIDAK PERNAH ANDA BERITAHU SEHINGGA HARI INI (SUDAH TIBA MASANYA!)
Kami suka bercakap tentang doktor dan tentang genetik! Itulah salah satu perkara yang membuatkan kami serasi.
MENGAPAKAH REKAAN YANG ANDA SARUNGKAN DI MET GALA 2023 DIKIRA IKONIK UNTUK CHANEL?
Ia ikonik, ia merupakan ilham dari yang koleksi istimewa-koleksi Spring-Summer Haute Couture 1998 yang menakjubkan, seperti setiap koleksi yang pernah dia lakukan. Tetapi ada sesuatu tentang yang itu. Apabila mendapat tahu yang saya mempunyai kemungkinan untuk membawa idea untuk mereka semula salah satu karya daripada Karl. Namun terdapat begitu banyak untuk dipilih, dan kemudian saya melihat yang ini, saya tahu ia adalah untuk saya sempena malam ini. Untuk meraikan Karl. Ia mempunyai magis, seperti anda akan terbang pabila memakainya. It’s a beautiful piece of art.
Teks & gambar: CHANEL
Artikel berkaitan: 10 Best Beauty Di Met Gala Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
