Jauhari Pilihan Anna Jobling Sempena Lebaran Ini
Keindahan perhiasan emas tidak hanya terletak pada kilauan atau reka bentuknya, tetapi juga pada nilai sentimental yang diwariskan dari satu generasi ke generasi lain. Anna Jobling berkongsi tentang jauhari pilihan sempena lebaran ini.

Dalam meraikan semangat tersebut, Tomei mempersembahkan koleksi khas sempena Aidilfitri . Tomei Raya Keepsakes: Written in Gold, satu koleksi eksklusif yang menggandingkan elemen warisan Melayu dengan kehalusan seni pertukangan moden.
Diilhamkan oleh tradisi kad ucapan Hari Raya yang menjadi simbol persahabatan dan kasih sayang, koleksi ini direka untuk menjadi lebih daripada sekadar perhiasan – ia adalah peninggalan berharga yang bakal menjadi warisan keluarga untuk generasi akan datang. Setiap helaian koleksi ini mengandungi keunikan tersendiri, mencerminkan kemewahan yang kekal relevan sepanjang zaman.

Dalam sebuah acara pelancaran eksklusif di Suria KLCC, pelakon terkenal dan ikon fesyen Anna Jobling turut berkongsi keterujaannya terhadap koleksi ini. “Saya percaya barang kemas bukan sekadar aksesori, tetapi pelaburan yang membawa nilai sentimental yang mendalam. Saya sendiri sejak kecil meminati barang kemas dan koleksi ini benar-benar menggambarkan kesempurnaan gabungan warisan dan gaya moden,” katanya.
Rekaan Elegan yang Mengangkat Warisan Melayu
Koleksi Raya Keepsakes: Written in Gold menampilkan pelbagai rekaan klasik yang diinspirasikan oleh elemen tradisional Melayu, termasuk motif kerawang bunga dan corak flora yang melambangkan keanggunan abadi. Kehalusan kerja tangan yang dipamerkan dalam setiap perhiasan menjadikan koleksi ini sebagai pelengkap sempurna untuk sambutan Aidilfitri, sekaligus menjadikannya simbol kasih sayang yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

Sorotan Koleksi:

- Koleksi Anastasia – Pesona emas kuning 916 dengan alunan reka bentuk unik, menyerlahkan kemewahan dan keanggunan.
- Koleksi Diamond Cut – Berlian yang dipotong dengan teliti untuk memancarkan kilauan maksimum, menjadikan setiap helaian sesuai untuk acara istimewa.
- Koleksi Sri Puteri – Rekaan yang diinspirasikan oleh keanggunan bangsawan, menampilkan elemen elegan yang memancarkan keindahan pemakainya.
- Koleksi Prima Gold – Linen – Menggunakan teknik khas “silk-line,” menghasilkan motif bunga lembut yang membawa sentuhan budaya yang bermakna.
- Koleksi Batu Permata – Gabungan batu permata memukau dan berlian dalam emas putih 18K, memberikan nilai estetika yang sofistikated.ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Rambut ‘Bangs’ Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
