Video muzik “Pink Venom” adalah video termahal BLACKPINK?
BLACKPINK kembali! Dua tahun selepas single terbaru mereka, “Lovesick Girls” 2020, kumpulan K-pop kegemaran semua kini muncul dengan album kedua mereka yang akan datang, Born Pink. Semalam, mereka mengeluarkan single pertama dan video muzik daripada rakaman, BLACKPINK “Pink Venom”, gabungan rentak hip-hop yang gemuruh dan bunyi halus geomungo dan Zither yakni alat musik tradisional Korea.
Sudah tentu kepulangan mereka diiringi dengan video muzik yang memukau dan padanan fesyen yang tidak mengecewakan. (Sebabnya? Anda sedia maklum yang ahli kumpulan ini – Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa semuanya telah menandatangani kontrak utama dengan jenama fesyen tersohor yakni Dior, Chanel, Saint Laurent dan Celine masing-masing.) Video ini menampilkan jenis gaya eklektik liar yang telah menjadi signature kumpulan itu. Pastinya sentuhan lebih berbahaya sesuai dengan ‘sengatan berbisa’ lagu itu.
Video itu sendiri bermula dengan Jisoo memetik melodi daripada alat muzik korea, Zither sambil memakai hanbok kontemporari yang dihasilkan oleh pereka fesyen generasi baru, Miss Sohee, beserta barang kemas dari Cartier. Kemudian Jennie beraksi di atas permaidani merah yang dibentangkan di hadapan trak raksasa yang memakai gaun merah rekaan Pieter Mulier dan kasut tumit GCDS berona hitam.
Lisa mempamerkan gaya khasnya yakni pakaian jalanan dalam rupa tahun 90-an seperti baju bola keranjang oleh jenama Korea Neon Genesis Oddity dan overalls denim serta dihiasi dengan bucket hat oleh Hedi Slimane untuk Celine. Akhirnya, Rosé muncul dalam gaun mini lateks yang dihiasi dengan barang kemas oleh jenama kegemarannya iaitu Saint Laurent dan Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


