Home > Uncategorized > Sharifah Sakinah Beramah Mesra Sambil Bersenam
Penata Gaya: AIZAT AIDID
Penyelaras: ZUHAIRIE SAHROM
Arahan Seni: Zulklifi Sulaiman
Gambar: Eric/Blink Studio
See Also
Solekan: Khir Khalid dan Lovely Lily (Menggunakan Nars)
Dandanan: Gary/Shawn Cutler
Mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Norhaslinda yang lebih mesra dikenali sebagai Lynn dan Sharifah Shahirah, Sharifah Sakinah sememangnya bukan lagi nama baru dalam industri hiburan tempatan. Dikenali ramai kerana karakternya yang agak gila-gila dan sering menjadi buruan media tempatan. Punya hampir 300 ribu pengikut di Instagram, Sakinah sering kali dilihat memuat turunkan aktiviti kesihatan yang bertujuan untuk memberi inspirasi pada peminatnya dalam mengekalkan kecerdasan mental dan fizikal. “Segalanya bermula secara suka-suka dan kini sedikit sebanyak menjadi punca pendapatan saya,” jelasnya tentang rejim kesihatan yang dimuat turunkan di laman Instagram miliknya. “Ia bermula pada awal tahun ini, secara tidak langsung Fitness Sakinah terus menjadi ikutan ramai. It became so big only for a week. Hanya dari beberapa orang yang datang menyertai program akhirnya menjadi ratusan”.
Sakinah punya susuk tubuh yang langsing dan toned. Tidak sekadar kurus tetapi tegap. “Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan metabolisme tinggi. Tetapi saya juga bekerja keras untuk menambah otot dalam memperlihatkan susuk badan tegap. I don’t want to be skinny with bones popping out. Apa yang saya inginkan ialah kurus dan waktu yang sama tegap. Saya adalah seorang yang menitik beratkan tentang bentuk badan dan bukannya kecantikan kulit mahupun wajah. Warna kulit, gebu atau tidak, itu semua tidak penting. Kesihatan tubuh badan itu jauh lebih mustahak terutama apabila usia makin meningkat!”
Kala sesi bertemu peminatnya, Sakinah adalah di antara yang pertama mengetengahkan konsep bersenam bersama peminat di Taman KLCC. “Bukan untuk tayang perut! Saya punya obsesi mengenai penjagaan kesihatan bertahun lamanya dan adalah penting untuk saya berkongsi apa yang saya tahu mengenai bersenam. Saya percaya tidak ramai selebriti tempatan yang menerapkan konsep ini dengan hanya memuat turunkan aktiviti kesihatan menerusi akaun Instagram sahaja. Memang ada yang bersenam tetapi tidak ramai yang mengajar dan sekali gus bersenam bersama. Tidak semua mereka yang datang tahu apa yang perlu dibuat. Peranan saya adalah untuk mengajar dan sudah tentunya mereka ingin tahu rutin apa yang perlu dibuat untuk membakar sejumlah kalori pada setiap sesi. Biarpun mudah atau hanya sekadar rutin asas. Senaman pun ada banyak kategori, mesti tahu jenis badan sendiri dan peringkat senaman yang betul. Bukan hanya sekadar masuk dan terus kurus,” jelas Sakinah.
Bila berkata tentang rutin di gim, Sakinah menjawab. “A normal gym routine is just fine. Buat masa sekarang saya hanya lakukan rutin yang normal. Saya gemar melakukan rutin yang agresif. Sebolehnya saya akan elak senaman yang perlu bermeditasi seperti yoga. All I have to do is pump it up! Sememangnya saya suka menambah otot tetapi tidak berlebihan. Terus terang saya katakan yang sebenarnya saya sudah lama tidak bersenam. Hampir lima bulan lamanya. Konsistensi dalam bersenam itu tidak ada. Tetapi sebolehnya saya akan bersedia seminggu dua lebih awal jika saya perlu menghadiri acara-acara tertentu. I will make sure, I go back in shape.”
Sememangnya saya mengagumi siapa sahaja yang tampak cantik biarpun sudah beranak pinak. Buat wanita yang punya cahaya mata jangan beri alasan untuk tidak bersenam. Susuk tubuh badan perlu dikekalkan untuk kebahagiaan diri sendiri. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Saya sendiri khuatir bila sudah berumah tangga nanti. Waktu itulah saya akan lebih berjaga agar tubuh kekal cantik biarpun tidak kurus ramping. Mungkin lebih berotot!,” akui Sakinah.
Related Stories
12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
Model Hamil Di Atas Pentas Victoria’s Secret...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 20, 2017
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgäng...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Harg...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewe...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 01, 2017
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dun...
BY Ai Nazmi Norzaid
Nov 23, 2017
Your Next Read
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
BY Nadia Zolkifli
Jan 31, 2018
GLAM Next Face 2018 – Voting!
BY Maria Hanim
Jan 30, 2018
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan S...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 30, 2018
Kediaman – Simfoni Dekorasi
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Trend – Simbolisme Kesejahteraan & Keme...
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara
BY Marini MZ
Jan 30, 2018
GLAM Beauty Awards 2018
BY Harissa Qistina
Jan 29, 2018
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Gr...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Kediaman – Antik Metropolitan
BY Nadia Zolkifli
Jan 29, 2018
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. ...
BY yong sufia
Jan 26, 2018
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status G...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busa...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris ...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 25, 2018

