Home > Uncategorized > GLAM Life: Alia Bastamam
Teks: YUSAIRI FITRI
Arahan seni: ZULKIFLI SULAIMAN DIBANTU OLEH MAHIRAH NADZLIM
Gambar:WAN IZHAR / ONEDIGITALSOLUTION
Solekan: LING CHONG SHISEIDO MAKEUP
See Also
Dandanan: ERIC CHANG /HAIRCO MENGGUNAKAN SHISEIDO PROFESSIONAL
Petang itu, atelier Alia Bastamam meriah diulit gelak tawa tetamu yang bertandang. Dari hiasan ruang sehingga ke kudap-kudapan segala-galanya sempurna. Glam life merakamkan momen indah bersama coolest girl in town.
Personaliti yang mengizinkan kami merakamkan majlisnya hari ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Jika sebelum ini, GLAM kerap memaparkan sentuhan rekaannya di majlis glamor dan pentas peragaan, kali ini Alia Bastamam atau lebih senang dipanggil Alia berkongsi idea ‘art of entertaining’ sempena merai tetamu. Banglo mewah ini sememangnya tidak asing bagi kelompok fesyen lokal. Masih ingat, April lalu apabila rumah agam yakni Atelier Alia Bastamam ini dibanjiri sosialit kota untuk memeriahkan majlis ulang tahun kelima. Hadirin dipertontonkan dengan koleksi Alia Bastamam musim bunga/panas 2016 dan lebih istimewa majlis diakhiri dengan letupan bunga api.
Saat menginjakkan kaki ke ruang menunggu yang dikhaskan buat tetamu, kelibat Alia mencuri perhatian kala dia leka meneliti setiap hidangan yang bakal dijamu pada tetamunya. Sambil melengkapkan dekorasi terakhirnya, Alia sempat melemparkan senyuman kepada kami. Meneliti ruang utama rumah agam ini, paling menangkap lirikan pastinya lampu candelier labuh yang digantung dari syiling di tengah-tengah ruang legar. Serakan cahaya perang meniupkan lagi roh oriental vintaj yang mana ia tampak ringkas namun mewah dengan budaya ketimuran. Setiap susun atur perabot, makanan dan kedudukan perhiasan ruang mempamerkan keselesaan. Aturan ringkas yang sempurna ini nyata membias keperibadian Alia yang sememangnya terkenal dengan sentuhan minimalis. Ottoman dan sofa dua tempat duduk di susun bersebelahan dan bidai pembahagi ruang berwarna keemasan bermotifkan burung dan bunga-bungaan sebagai titik fokus. Biarpun ruang ini bersaiz sederhana namun ia dimanfaatkan sepenuhnya.
Hening yang erat membaluti banglo di atas tanah tinggi di Bukit Damansara beransur hilang apabila ia mula menerima kunjungan tetamu tepat jam tiga petang. Antara personaliti yang hadir pada hari itu adalah Natrah Omar, Molly Halim dan Farah Mior. Masing-masing tampak anggun dalam persalinan terkini Alia Bastamam. Menurut Alia, majlis hi tea yang diadakan ini adalah untuk teman rapat dan berskala kecil sahaja. Sambungnya lagi, ini bukan kali pertama dia mengadakan majlis seperti ini. “Setiap minggu saya sentiasa merai rakan dan pelanggan di sini dan I’m really getting the hang of hosting parties and I enjoy it!” Memandangkan masing-masing sibuk maka setiap majlis yang diadakan pasti dihadiri oleh tetamu yang berlainan. “ Setiap kali merai tetamu, persembahan, dekorasi, hiasan dan makanan menjadi keutamaan.”
Melihat mereka tampil bergaya, suasana semakin menyeronokkan. Ada sahaja topik hangat diutarakan. Dari perihal fesyen, makanan, destinasi melancong sehingga ke Instagram dan Snapchat. Cerita Alia lagi, “Jika mengadakan sesuatu majlis atau parti saya biasanya tidak gemar menetapkan apa-apa tema tetapi I can be particular about dress codes! Seandainya perlu menetapkan tema ia pastinya terarah pada konsep hiasan. Even then, I keep the look cool and classic.” Bagaimana pula dengan seleksi makanan? “Makanan pastinya menjadi penentu sesuatu majlis itu berjaya. Tanpa makanan yang bagus ia bisa memberikan impak pada keseluruhan imej. I think great food has to be of good quality. Setiap tetamu yang hadir pasti akan memberikan reaksi berbeza mengenai makanan dan ia boleh mempengaruhi mood. So far, I’ve hired great caterers and haven’t been let down. Contohnya pada hari ini, setiap canapes yang disediakan sangat lazat dan katerer yang dipilih bijak bereksperimen dengan bahan-bahan dan teknik memasak yang pelbagai.”
Bergelar pereka fesyen pastinya menuntut Alia untuk terus memberikan sepenuhnya perhatian pada koleksi terkini dan merangka perancangan strategi jenamanya. Kala diajukan pertanyaan mengenai waktu lapangnya untuk mengadakan majlis. “Bila-bila sahaja adalah masa yang terbaik untuk mengadakan majlis atau parti. Evening soirees under a clear marquee and with the garden lights gleaming. Great company, food and drinks make for a perfect party! Ujar Alia menutup bicara. Usai bersembang panjang, saya dan krew GLAM yang lain meminta izin untuk pulang sambil mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Alia Bastamam kerana sudi menjemput kami bersama.
[soliloquy id="49431"][soliloquy slug="glam-life-alia-bastamam"]
Related Stories
12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
Model Hamil Di Atas Pentas Victoria’s Secret...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 20, 2017
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgäng...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Harg...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewe...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 01, 2017
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dun...
BY Ai Nazmi Norzaid
Nov 23, 2017
Your Next Read
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
BY Nadia Zolkifli
Jan 31, 2018
GLAM Next Face 2018 – Voting!
BY Maria Hanim
Jan 30, 2018
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan S...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 30, 2018
Kediaman – Simfoni Dekorasi
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Trend – Simbolisme Kesejahteraan & Keme...
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara
BY Marini MZ
Jan 30, 2018
GLAM Beauty Awards 2018
BY Harissa Qistina
Jan 29, 2018
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Gr...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Kediaman – Antik Metropolitan
BY Nadia Zolkifli
Jan 29, 2018
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. ...
BY yong sufia
Jan 26, 2018
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status G...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busa...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris ...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 25, 2018
