Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik
Masihkah anda ingat lagu Mercy dendangan Duffy sekitar 10 tahun lalu, di mana ia menjadi siulan serta antara one-hit-wonder sekitar tahun 2007? Lagu ini turut meletakkan Duffy sebagai penyanyi wanita Welsh pertama dengan hit nombor satu di carta-carta muzik di UK ketika itu, malah Duffy turut pernah memenangi anugerah Grammy sekitar tahun 2009 untuk kategori Best Pop Vocal Album Namun, selang beberapa tahun kemudian Duffy atau nama sebenarnya Aimee Anne Duffy mulai menyepi.

Setelah sekian lama menghilang dari radar seni, Duffy akhirnya muncul namun mendedahkan kisah hitam di sebalik kehilangannya. Jelas Duffy dalam hantaran di Instagram, dia pernah ‘dirogol, diberikan dadah dan diculik’ untuk beberapa hari. Kesan tragedi itu, dia menjadi trauma dan perlu mengambil masa beberapa tahun untuk melupakan kisah silam tersebut.
https://www.instagram.com/p/B8_95uYhFMQ/?utm_source=ig_embed
Duffy turut menjelaskan, muzik membantunya kembali berdiri dan bangkit dari mengenang nasib buruk yang menimpa dirinya. Jelas Duffy, “Sudah pasti proses penyembuhan mengambil masa. Ia tidak mudah. Pasti ramai yang tertanya kenapa saya tidak menceritakan perkara ini dari awal lagi. Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di mata saya untuk tatapan dunia. Saya bertanya dalam diri, bagaimana saya ingin menyanyi semula sedangkan hati saya retak, dan menunggu masa untuk hancur.”

Namun adakah Duffy akan kembali menyanyi? Segalanya masih belum jelas namun pastinya peminat merindui kemunculan semulanya. Duffy, come back okay!
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
