fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Gaya Libur Aina Syahirah
Rihanna Dinobat Pemuzik Wanita Paling Kaya, Ini Sebab-Sebab Utamanya!
“Saya mahu berduet dengan Yuna suatu hari nanti” – Narmi
Karakter Jejaka Hollywood Yang Membuatkan Anda Percaya Dengan Cinta
“Masyarakat mudah meletakkan tanggapan negatif pada wanita bekerjaya,”- Rozita Ajmain
Home > Personaliti > SYAIDATUL AFIFAH

SYAIDATUL AFIFAH

Gadis manis ini bukanlah asing kerana pernah beberapa dirakamkan wajahnya untuk pelbagai penerbitan dalam negara.  Tampil dalam wajah polosnya saya kagum melihatkan penampilan yang bersahaja namun kekal elegan di sebalik profesionnya sebagai ahli sukan. Sepanjang sesi penggambaran dia tidak kekok memberikan pose menarik juga mencuba gaya berbeza untuk penggambaran ini. Sementara menantikan wajahnya dirias sempat juga saya tanyakan beberapa soalan ringkas buat pemain boling negara ini. Antaranya adalah bagaimana dia melihat perkembangan dunia sukan secara amnya di Malaysia. Pada Afifah dia merasakan sudah  banyak perkembangan yang dapat dilihat. Namun dia merasakan masih banyak lagi yang boleh diperbaiki daripada pelbagai aspek. Antaranya adalah pengurusan sukan itu sendiri. Manakala bagi pihak atlet  perubahan daripada  segi disiplin dan dedikasi serta tanggungjawab terhadap profesion ini mampu memberikan impak yang lebih lagi bagi pencapaian yang lebih tinggi. Biarpun begitu Afifah memilih untuk kekal mengatur jadual hariannya dengan bijak. Usai sesi latihan dia lebih gemar  meluangkan masa bersama keluarga. Jadual latihan yang berlangsung setiap hari kecuali hujung minggu sudah cukup memenatkan jadi hujung minggu didedikasikan bersama ahli keluarga juga teman rapat.