
Dunia lakonan sudah sebati dalam jiwa Pelakon Wanita Terbaik menerusi Filem Gubra ini. Penghayatannya dalam sesebuah filem sampai ke hati penonton. Sayap lakonannya sudah dilebarkan ke peringkat antarabangsa. Kali ini, Amani sekali lagi diberi peluang melakonkan watak pembantu rumah daripada produksi negara matahari terbit menerusi filem Asian Three Fold Mirrors 2016 : Reflections.
1. Projek terbaru?
Akhir tahun lepas saya membuat pementasan teater Nadhirah di Tokyo, Jepun. Sebelum itu ke Tokyo untuk hadiri tayangan perdana karpet merah bagi filem jepun yang saya lakonkan, Pegeoun.
2. Prinsip Sharifah Amani
Buatlah apapun, asalkan jangan menyusahkan orang lain dan memudaratkan diri!
3. Ikon anda dalam hidup?
Saya suka wanita yang kental dan berdikari seperti ibu saya, Oprah Whinfrey dan Meryl Streep.
4. Persahabatan yang ikhlas?
Biarlah tidak selalu berjumpa, tetapi apabila bersua, it’s like time stood still!
5. Waktu lapang?
Sayalah ratu tidur. Selain tidur, saya akan luangkan masa bersama keluarga, baca buku dan menonton wayang.
6. Pelakon bermutu tinggi adalah…
Kalau di set penggambaran jangan asyik berselfie, atau nak cantik sahaja. Have pride in your work. Fokus dengan watak yang diberikan dan jiwainya.
7. Percutian terindah?
Percutian bajet bersama-sama teman mengelilingi India. Penuh adventure!
8. Harapan anda pada rakyat Malaysia?
Saya berasa Malaysia di dalam situasi tenat buat masa ini. Apa yang saya harapkan kita semua sebagai rakyat kekal bersatu!
9. Waktu kualiti bersama keluarga?
Setiap seorang daripada keluarga saya punya buah fikiran sendiri. Kami selalu berbahas isu semasa dengan mengutarakan pendapat masing-masing tanpa sekatan. Bagus untuk mengasah minda dan tingkatkan vocabulary!
10. Travel secara mewah atau backpackers?
Sejak kecil saya dididik ayah untuk mengembara agar dapat mempelajari adat resam sesebuah negara itu.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
