Related Stories
Menggenggam Anugerah Oscar adalah salah satu penghargaan yang paling berprestij buat selebriti malah boleh meningkatkan mutu serta kelangsungan kerjaya mereka sebagai pelakon dan insan seni. Namun, jangan terkejut sekiranya ada beberapa selebriti Hollywood ini yang terbukti bakatnya namun tidak pernah memenangi trofi emas itu walaupun sudah beberapa kali tercalon. Jom imbas mereka yang tersenarai.
——
1. MICHELLE WILLIAMS
Tidak pernah menang walaupun sudah tercalon empat kali sepanjang kerjayanya – Brokeback Mountain (2006), Blue Valentine (2011), My Week With Marilyn (2012) dan Manchester by the Sea (2017).

2. AMY ADAMS
Enam kali tercalon namun rezeki tidak pernah berpihak kepada Amy Adams – Junebug (2006), Doubt (2009), The Fighter (2011), The Master (2013), American Hustle (2014) dan Vice (2019).

3. GLENN CLOSE
Glenn Close adalah ‘wajah’ tragis dunia Hollywood. Walaupun bakatnya menyamai rakan seperjuangannya iaitu Maryl Streep namun Glenn tidak pernah berpeluang untuk naik ke atas pentas memegang trofi Oscar. Dengan lapan pencalonan The World According to Garp (1983), The Big Chill (1984), The Natural (1985), Fatal Attraction (1988), Dangerous Liaisons (1989), Albert Nobbs (2012) dan The Wife (2019), mungkinkah Glenn masih berpeluang?

4. ANNETTE BENING
Seperti Michelle Williams, sudah empat kali tercalon namun usaha kerasnya belum berhasil. Annette tercalon untuk The Grifters (1991), American Beauty (2002), Being Julia (2005), The Kids Are All Right (2011).

5. LAURA LINNEY
Dengan tiga kali pencalonan dalam resume kerjayanya, Laura juga dilihat menempah nasib yang sama. Tercalon untuk tiga filem sepanjang kerjayanya; You Can Count on Me (2001), Kinsey (2005) dan The Savages (2008).

AP Images
6. SAOIRSE RONAN
Walaupun tercalon untuk anugerah Oscar tahun ini untuk filem Little Women, namun aktres yang yang baru berusia 25 tahun ini dijangka tidak akan menang. Saoirse pernah tercalon untuk filem Atonement (2007), Brooklyn (2015) dan Lady Bird (2017).

Kredit foto Amy Adams (On Top): Getty Images North America
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
