Jika sebelum ini, pada bahagian 1 GLAM berkongsi empat panduan seks pusingan kedua yang sebenarnya mampu menyuntik pengalaman dalam perihal hubungan intim anda dan pasangan, kali ini GLAM berkongsikan 3 lagi trik yang boleh anda cuba.
5- TAMBAH TENAGA
Persedian! Ya, seks pusingan kedua mungkin mudah melelahkan, oleh itu anda disarankan untuk lebih bersedia. Pastikan anda mengambil pemakanan mahupun diet yang tepat. Amalkan pengambilan menu yang dapat memberikan tenaga seperti madu, herba ginseng, pisang, minuman soya dan telur. Selain itu, jangan diabaikan rutin senaman bagi memastikan anda kekal berstamina saat beraksi pada pusingan kedua.
6- KLIMAKS? BIARKAN SAJA…
Saat dia mengimpikan untuk melakukan pusingan kedua, anda didapati mudah gelabah dan akhirnya anda kecut di pertengahan jalan. Jangan bimbang! Ketahuilah, di saat si dia ingin ‘bersama’ untuk pusingan kedua, ini tidak bermaksud pasangan inginkan anda turut sama mencapai tahap klimaks seperti dirinya.
7. ‘BERMAIN’ DENGAN LOKASI
Tiada salah untuk anda cuba di lokasi yang berlainan pula. Lokasi yang sama mungkin membosankan malah ghairah seks sukar untuk anda kuasai pada pusingan kedua. Cadangkan untuk berubah tempat, contohnya di dalam bilik air atau di lantai kamar. Elakkan tempat yang jauh di mana masa yang diambil boleh mengurangkan ghairah seks anda.
Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Flip The Past & The Future
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
Datin X: Affair Di Hujung Usia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
